Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

PANAS!! : Pelajar diperkosa tiga lelaki dalam kereta

Posted by Emg Trading & Services on 3 December, 2009

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kes rogol pelajar berusia 16 tahun. Seperti biasa mangsa mengenali penjenayah yang juga teman lelakinya. Mangsa diajak berjumpa oleh temana lelakinya di sebuah masjid sebelum dibawa ke suatu tempat lain bersama 2 lelaki lain.

Mangsa kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga lelaki tadi di dalam  kereta yang dinaikinya tadi di ladang kelapa sawit dekat Felda Tenang.

Begitulah, nama Terengganu yang harum baru-baru  ini apabila mencatatkan kes pelajar paling cemerlang UPSR sekali lagi ‘terpalit’ malu dengan kes-kes jenayah serupa ini.

Namun, ia tidak boleh dipersalahkan, kes rogol atau zina boleh terjadi dimana-mana. Tetapi antara kes yang paling memeranjatkan ialah kes yang berlaku pada sekitar Mac 2008 apabila pelajar sekolah agama terbabit dengan kes pembuangan bayi di Kedah. Rujuk gambar di bawah.

Semoga kita dan anak cucit kita terlindung dari ‘bala’ yang merosakkan hubungan nasab keturunan manusia.

 

Pelajar diperkosa tiga lelaki dalam kereta

Harian Metro – KUALA TERENGGANU: Lokasi pertemuan mereka tidak membayangkan lelaki berkenaan mempunyai niat kurang baik terhadap diri mangsa kerana ia dilakukan di sebuah masjid.

Namun, selepas mangsa bersetuju bersiar-siar dengan teman lelakinya, dia tidak menyangka dirinya menjadi habuan seks kepada tiga lelaki selepas dua lagi rakan teman lelakinya itu naik ghairah kerana tidak tahan melihat remaja itu dirogol di dalam kereta.

Akibatnya, mangsa dirogol secara bergilir-gilir kumpulan lelaki itu sebelum satu laporan polis dibuat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian berlaku terhadap seorang pelajar tingkatan empat dari Kampung Kelat, Jertih, Besut, Ahad lalu.

Menurutnya, pada mulanya, mangsa berusia 16 tahun itu dipelawa teman lelakinya yang berusia 19 tahun untuk bertemu di Masjid Kampung Tanah Merah, Jertih.

“Mangsa dihubungi kira-kira jam 5.30 petang sebelum mereka bertemu di situ dan selepas itu mangsa dibawa menaiki sebuah Proton Saga kononnya untuk ke Bandar Jertih tetapi pemandu kenderaan itu melencong ke jalan Kampung Pasir Akar,” katanya.

Menurutnya, ketika sampai di ladang kelapa sawit dekat Felda Tenang, Besut kira-kira jam 7 malam, kenderaan berkenaan dihentikan sebelum mangsa dirogol teman lelakinya dalam kenderaan yang turut dinaiki dua lelaki lain.

Harian Metro difahamkan, akibat tidak tahan melihat adegan seks, dua lagi rakan teman lelaki mangsa turut merogolnya dalam kenderaan sama.

Fauzi berkata, selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang dan ditinggalkan berhampiran simpang tiga, Kampung Kelat, Jertih, kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Beliau berkata, kerana berang dengan tindakan lelaki berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Akar jam 1 pagi kelmarin. “Susulan laporan itu, polis menahan tiga lelaki semuanya berusia 19 tahun di Kampung Nibong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, awal pagi,” katanya.

3 Responses to “PANAS!! : Pelajar diperkosa tiga lelaki dalam kereta”

  1. pokku(putrajaya) said

    Insaflah wahai umat manusia…ini adalah disebabkan undang2 yg digunapakai di negara kita adalah undang2 duniawi&bukannya berpandukan hukum Allah…..semoga negara kita terselamat daripada balaNYA…Amin

  2. nEyna said

    lau ndk mo tnggung malu..jan uat gini…

  3. muneer said

    hukun hudud adalah fitrah manusia,,,,,,xpcya?????kalu anda d rogol dan perogol tersebut d tangkap….perkataan apa yg keluar dr mlt anda???????/bunuh dia kn????/ke penjara 20 thun??????fikirkn la…..benda ni akan d soal d akhirat kelak…..persetujuan kita mengenai sesuatu hukum Allah!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: