Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Jangan buat ‘bodoh’ dengan kes Fatine!

Posted by Emg Trading & Services on 8 December, 2009


‘Kecantikan’ Mohamed Fazdil atau ‘Fatine’

   
Intim dan nampak ada ‘cemistry’ suami / isteri

Isu perkahwinan Mohamed Fazdil yang disiarkan oleh akhbar UK – the Sun di sini, dengan seorang lelaki rakyat Britain menginsafkan betapa kita telah kehilangan identiti Islam dalam banyak perkara : 

  • Ia kesan budaya Makyah dan penkid yang serius dan membarah!
  • Makyah dan penkid adalah insan yang perlu dibimbing dan bukan dipersalahkan semata-mata
  • Islam membenarkan insan ‘istimewa’ 2 jantina memilih jantina mereka mengikut syara’, tetapi penjelasan agama berkaitan dengannya masih asing disisi masyarakat. Cthnya ada yang bertanya, “tersentuh batal air sembahyang tak?”, “bagaimana dia menentukan jantina samada memilih jiwa lelakinya atau jiwa perempuannya? “bolehkah mula-mula jadi perempuan jika ‘tak’ serasi tikar pula jadi lelaki'”.
  • Bagaimana pula dengan yang tiba-tiba menjadi perempuan semasa masuk ke universiti?
  • Dari aspek perundangan? Nikah kahwin?

Dalam kes Mohamed Fazdil mereka sudah berkahwin. Semua orang tahu perkahwinan 2 agama apabila bertembung dengan Islam memerlukan seorang lagi ‘convert’ kepada agama pasangan khususnya Islam. Tetapi ia tidak ‘ketat’ bagi agama lain untuk memaksa pasangannya ‘convert’ kristian jika kahwin dengan org kristian.

Jadi, bagi orang awam, dia akan menyatakan dia masih Islam ‘cuma’ berkahwin dengan orang kristian atau buddha atau apa-apa agama lain. Cthnya kes si Mohamed Fazdil spt kata-katanya dalam akhbar kosmo di sini.

Mohamed Fazdil mempunyai daftar perkahwinan yang sah di UK.

Saya sendiri petang tadi telah berjumpa dengan seorang pemuda Melayu berusia 30 tahun berasal dari Ulu Tiram Johor yang telah berkahwin dengan seorang gadis Cina. Mulanya saya tertarik dengan kepetahannya berkomunikasi dalam bahasa Mandarin sedangkan wajahnya “Melayu – jawa peranakan”!. Saya bertanya dan dia menyatakan dia memang Melayu..barulah keluar bahasa melayu kita dan kami berbual seperti biasa.

Apabila saya bertanyakan kepadanya apa tips untuk mempelajari bahasa Mandarin dengan baik. Dia menyatakan 2 perkara.

1) Perlu duduk dengan kejiranan Cina untuk memastikan ‘praktice’ berterusan

2) Jika keluar minum atau makan dengan rakan-rakan Cina, jangan ambil kisah sangat restoran itu ada hidangan khidzir atau dikelilingi anjing. Makan saja dengan mereka. Ini bagi memudahkan pergaulan dan berkawan dengan mereka!

Apabila melihat syarat yang ke2, saya tergamam. Saya pasti ‘sahabat’ saya ini agak longgar dengan pegangan agama.

Kemudian dia dia menyatakan isterinya “Cina” dan dia menyebutkan ‘istilah’ kahwin dengan orang Cina. Saya fikir dia berkahwin dengan Cina kemudian si gadis ‘convert’ Islam, sebenarnya tidak! Dia masih Islam dan gadis ini masih dengan agamanya.

Persoalan yang timbul : bagaimana mereka mendaftar perkahwinan mereka? Andai mereka tidak mendaftarkan perkahwinan, berapa banyakkah kes seperti ini di Malaysia?

Jangan pandang kes ini sebelah mata!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: