Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Bola ’emas’ : Rajagopal akan dapat Dato’, KJ akan jadi Menteri Belia & Sukan?

Posted by Emg Trading & Services on 18 December, 2009

Penulis percaya, jutaan rakyat Malaysia bersorak megah tatkala jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha menerjah ke gawang (minit ke 83).

Bukan senang nak lihat pemain Malaysia komited di padang seperti hari ini. Semua pemain tunjuk komitmen luar biasa, ada yang jatuh bingkas kejar dan dan rampas bola semula seperti S.Kunalan. Pemain seperti Mohd Nasriq Baharom sangat ‘rajin’ turun ke bawah dan kembali ke posisi apabila saat diperlukan.

Semangat juang mereka amat dipuji. Pengurus pasukan juga wajar diberikan penghargaan.

Cumanya, selepas kejayaan ini, perkara berikut ‘sementelah’ biasanya akan berlaku :

  1. Bagi pangkat Dato’ pada pengurus pasukan menjadikannya Dato’ Rajagopal.
  2. FAM akan ‘klaim’ ianya hasil kerja mereka. MSN akan klaim juga, macam-macam MMM lagi.
  3. Boleh jadi juga individu tertentu akan mendabik dada ia hasil usaha mereka sebelum ini, ada kata ini hasil KJ dulu patut jadi menteri sukan, ada kata Menteri belia sekarang bagus
  4. Paling tak tahan, akan ada yang “klaim” jumlah gol berkenaan 1 gol bertepatan dengan semangat 1Malaysia! Kita dah boleh agak siapa yang akan cakap!

Semoga semua ini tidak berlaku, biarlah segala anugerah dan imbuhan yang akan hadir difokuskan kepada pemain dan pengurus mereka. Sebarang usaha penganugerahan dato’ juga perlu disusuli dengan komitmen berterusan agar kejayaan yang dicapai ini berterusan hingga ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai individu yang selayaknya diberikan penghargaan dan bukannya orang luar yang berbaju kot, bertali leher dan berperut boncet:

PASUKAN MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Nasriq Baharom, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Baddrol Bakhtiar, K.Gurusamy, S.Kunalan, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani (Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak), Mohamad Muslim Mohamad (Mohamad Azmi Muslim), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan).

Tahniah Pasukan Malaysia! Tidak sia-sia sokongan kami kepada anda semua.

Penulis terdetik : Pasukan Bola sepak ok, Pasukan takraw?!

Pautan dibawah adalah antara komen media asing vs media Malaysia dengan kejayaan pasukan Malaysia:

Kompas (Indonesia) : Gol Bunuh Diri Vietnam Beri Emas kepada Malaysia

BERNAMA : Malaysia End Football’s 20-Year Drought For SEA Games Gold

Straitstimes (Singapore) : Malaysia win football gold

Goal.com : Malaysia Down Vietnam To Win SEA Games Gold Medal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: