Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kenyataan Nik Amalina vs Nik Aziz : “Glamour” yang tidak diundang

Posted by Emg Trading & Services on 25 December, 2009

1. Sekali lagi bergegar seluruh Malaya dengan kenyataan ibu kepada 6 orang anak ini. Blognya http://serisuri.wordpress.com baru sehari dua, tapi fan’s dia dah beribu.

2. Blog beliau mendapat liputan meluas sama seperti blog abangnya dahulu, Ust Nik Abduh. Begitulah tingginya nilai ‘market’ anak-anak Tok Guru Nik Aziz. Bayangkan Tok  Guru ada 10 orang anak, baru 2 ada blog, ada lagi 8 blog tunggu nak meletup, kalau antum nak buat.. Tapi kalau betul hangpa buat lagu Nik Amalina ni menulis, memang ‘muai’  utusanM dapat ‘modal’, tak cukup muka surat depa ulas..wartawan depa boleh abihkan cuti tahunan tinggalkan wartawan haji, wartawan sukan aje duduk opis, lain duk mengadap blog hangpa. (Berikut adalah pewaris pejuangan Tok Guru : Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila)

3.  Saya ‘cuba’ melihat positif kehadiran beliau dalam dunia blog. Ada yang mengatakan tulisan beliau akan dilawat 3 x kali sehari oleh ketua editor utusanM, untuk dapatkan ‘modal’ baru. Nak kata macam mana, dah dia nak tulis, ‘market’ dia tinggi dalam ‘pasaran’..dia pun memang ada hak untuk  menulis.  Ust Nasrudin juga sependapat yang dia memang ada hak..(sini)

4. Kalau nak di’tegur’.. tu ada lagi 8 orang adik-beradik dia lagi ‘awlaa’ pi tegur. Biasalah adik-beradik ada macam-macam perangai, mana yang paling ‘ampuh’ pi la bawak dia bincang kalau ‘rasa’ tulisan beliau ni bawa ‘mudharat’ pada jemaah.

5. Kita pun dah masuk Tahun Baru Islam, kalendar 2009 pun dah nak berlabuh. 6 bulan terakhir ini  telah menyaksikan PAS Kelantan di ‘belasah’ sepenuh tenaga oleh media perdana. Halatujunya : nak jatuhkan kredibiliti Nik Aziz, walaupun tak dapat ‘direct’, sapa2 yang duk sipi-sipi pun jadilah, menantu, anak, exco, asal terpalit aje apa-apa isu, akan ‘digulungkan’ sebagai kesilapan Nik Abd Aziz Nik Mat!

6.Demikianlah tingginya nilai tuan guru Nik Aziz dan keluarganya, demikianlah juga besarNYA mehnah yang sedang dan bakal ditempuhnya. Tahun 2009 Tok Guru adalah individu paling ‘glamour’, mengalah Bung Mokhtar, Zizie Azzita, Anwar dan Najib! Glamour yang tidak diundang !

p/s : Dr Abu Hassan kata..

“Krisis adalah perniagaan” – walau pun, asal krisis yang orang nak baca!

6 Responses to “Kenyataan Nik Amalina vs Nik Aziz : “Glamour” yang tidak diundang”

  1. ibni-baittutah said

    Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

    Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

    Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

    Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

    Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

    MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

    Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

    Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

    Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

    Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

    Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar ‘sepak bakul’. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.

    Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

    Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

    Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA ) pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

    Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

    Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

    Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

    Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

    Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

    Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

    Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

    Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

    Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

    MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

    Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

    Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

    Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

    Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

    Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

    Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah,MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

    Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bagunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

    MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

    Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

    Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

    Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

    Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

    Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

    Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

    Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya disediakan 2 minggu setelah peniaga berpindah.

    6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

    Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

    Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

    Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

    Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

    Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

    UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

    Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

    Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya ‘ekor’ dan ‘kepala’ dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

    Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.

  2. khairulrijal said

    Terima kasih Ibn Baituttah. Benarkan saya menerbitkan semula catatan saudara di atas. Ia maklumat yg perlu disebarkan.

  3. […] Terkini khairulrijal on Kenyataan Nik Amalina vs Nik A…ibni-baittutah on Kenyataan Nik Amalina vs Nik A…pokku(putrajaya) on PANAS!! : Pelajar diperkosa ti…pokku(putrajaya) on Zulkifli Noordin telah […]

  4. ibni-baittutah said

    Lawyer Zulkifli Nordin saman(Report Polis, Bomba, Kastam, Askar, Bewok-bewok)kepada Wakil Rakyat Pas(Yb khalid Samad):(sikit hari di report TGNA & TGAHA Pulok)

    Zul neiy mu tahu lawyar tak tahu bahaso Inggeris sebenarnya dulu. Nok bawok kes tak tahu gapo nok ngoyak inggeris kes profile tinggi tak boleh handle. Tapi masa anuar ibrahim namo dio naik kejap, tapi bilo kijo hok nok buak kijo kes kumpulan!….
    lawyer buruk lain buak kijo sebenarnya.
    Manusio neiy bilo ado glemour sukmo betul sukmo kawe.
    Supo mace mamat neiy lawyer dungu. La ni bilo anuar jauh dari dio, dah tak jadi popular dio tu.
    Nok ngoyak umum, dah basi doh. Dulu ke hulu ke hilir ngoyak bela anuar, dapat popular, la niey tak terimakasih mano mari undi dari kelik-kelik Orey pas. Sekarang orang jadi benci pulok tak tahu terimakasih lawey kawe sendiri(Saman Hassan Ali Dengey khalid). Dema tu cito pasal cito, itu pung belum habis cito isu Nama Allah. Tak tahu kito-kito ngoyak cito belum habis.

    Lepah tu mari si mamat zul neiy,Baco cito umno, info mari dari umno gapo suruh?. Lepas tu buak samey(saman/report). Kito dah ngoyak doh pada maso tu, ending dio mace neiy..mace neiy!….tak mahu dengar konon peminat penyokong dio mahu.

    Sekrang doh lepas kecek, dah tahu penyokong dio marah, nok tarik balik report, ambok kecek kat dio tak payah, Mu doh musnahkan sokong undi mu tu, khalid dengey hassan ali ikut ulama kecek, nok kawal keadaan yang semakin tengang. Jadi kito tak mahu nok belo dio, pasal gopoh tak mahu berbincang. Bagun tidur terus buak report.
    Lagi pung pasal pimpinan parti dio doh ngoyak….PI lah mabuk Lawyer Buruk neiy. Buat kijo sorang-sorang bilo mari bincang tak mahu mari sibuk kes kata dio, pasal nok kijo luar (part time lawyer)piteh tak mari nanti. Dio tertekan baru neiy nok bayar hutang umah dengey kereta tak cukup, nok boleh jadi Yb Kulim baru Stail umno(buat buisness haram ado piteh) tok boleh, pimpinan kacau dan kawal. Itu pasal lah dio nok buat kejutan nok lembali key kengimalangan dio dulu yang semakin Malap.
    Ambo tahu cito mamat lawyer buruk neiy…..Transcrip Exam Lawyer dulu maso belajar, paling teruk sekali. mace mano boleh jadi lawyer. Patut lah dio dulu ado masalah dengey kerajaan, kerajaan tak mahu ambik dio kijo. Lepas tu masuk pembangkang jadi glamour kejap(masa tertekan).Habis sikmo orey dio hentam, kito-kito diam pasal pada masa tu tengah anuar ibrahim panas. La niey pru 13 ngap syot lahhhhhhh……Banyok orey lain lagi.

    Zaman dulu tu orey tak pakai lagi.Lain kali join dengey khalid ceramah baru tahu, jengey dok ambik kecek orang umno. patutlah tok kelik Pas. Dalam pembangkang neiy bayaok dah berubah.

    Bukey era dulu…dah basi. tapi ado pung yang basi boleh jadi elok sebagai contoh…..
    (nasi, jemur jadi kering…lepas tu goreng)benda basi boleh pakai jugok…kalau-kalau dalam kito-kito lah.

  5. ibni-baittutah said

    Khairul!
    takpe tu sebar atas sebar demi kebenaran dan perjuangan…bagi celik sikit.Kita sama-sama sambungkan martabat penulisan. Allah sahaja yang mengetahui kebenaran dan keikhlasan mereka yang menyebarkan pengetahuan. Ada orang tahu menghentam tapi tak opandai berkata-kata. Ada orang tahu bermusuh tapi tak tahu msuh macam mana. Ada orang tahu menghina tapi siapa dia hina. Ada orang tahu menulis dan mengarang tapi tak tahu bercerita. Ada orang tahu bercerita tapi tak tahu harga diri. Ada orang tak mengenali indentiti orang lain tapi tahu harga diri.

  6. ibni-baittutah said

    KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

    Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

    Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

    Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

    Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

    Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: