Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Air Hitam mencatat tragedi ‘paling Hitam’

Posted by Emg Trading & Services on 31 December, 2009

Berikut adalah ulasan menyayat hati Khairul Faizi _ KPPNJ tentang perobohan gerai penjaja di Air Hitam Johor..

Hari ini tercatit satu lagi sejarah hitam di Johor apabila penjaja-penjaja yang telah lebih sepuluh tahun mencari rezeki di gerai medan bahagia jalan Air Hitam Kluang terpaksa akur dengan kehendak pembangunan dan kehendak pemerintah dengan perobohan premis perniagaan mereka pada hari ini.


Jentolak ini memberi igauan buruk kepada penjaja Air Hitam untuk ‘ribuan’ tahun

Para penjaja yang selama ini bergantung pendapatan dengan jualan makanan IKS seperti kerepek, keropok, pisang salai dan seumpamanya dihadiahkan dengan tindakan zalim pemerintah yang tidak mahu langsung berunding dengan mereka melainkan kesemua gerai tersebut mesti dirobohkan pada hari ini.


Antara barang jajaan yang diusung keluar dari premis

Tidak ada apa yang dapat dilakukan walaupun DPPNJ telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Daerah Yong Peng pada 24 Disember 2009 yang lalu untuk merayu agar tempoh lanjutan masa dapat diberikan kepada ara penjaja. Para penjaja sebelum ini telah diberikan notis untuk mengosongkan premis tersebut pada 27 Disember 2009 (semalam) iaitu setelah tempoh dua minggu diberikan kepada mereka pada 14 Disember 2009.

Saya hanya dapat maklumat tentang perkara ini pada 22 Disember 2009 yang lalu maka inisiatif untuk membantu para penjaja adalah sangat minima dengan tempoh masa yang terlalu singkat. Sebelum ini, para penjaja telah berniaga di jalan Air Hitam – Yong Peng yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Air Hitam dan premis mereka telah dipindahkan ke lokasi baru setelah kawasan lama tersebut terlibat dengan pembesaran jalan.


Wanita ini merenung nasibnya yang kehilangan punca rezeki di bumi sendiri

Bermula pada tahun 1998, tempat baru ini telah dikendalikan oleh majlis daerah dan setiap perniaga dikenakan dengan lesen perniagaan. Lesen tersebut telah dihentikan pada tahun 2008 kerana kawasan tapak gerai tersebut telah dijual kepada pemaju untuk menaikkan bangunan baru. Mereka dijanjikan oleh pemaju untuk tempat berniaga yang baru namun tempat tersebut masih belum siap sepenuhnya untuk diduduki.


Lorong yang menjadi tumpuan pelancong ini tinggal kenangan

Lebih malang lagi, kawasan baru tersebut terletak dalam kawasan projek pembinaan yang sudah tentu akan menghalang pengunjung untuk ke sana. Apa yang menyedihkan, wakil rakyat DUN Semarang seolah-olahnya tidak sedar bahawa beliau adalah wakil rakyat yang mana tugasnya adalah untuk mewakili rakyat namun apa yang berlaku ADUN tersebut tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu ini. Ditambah lagi, ADUN tersebut memberitahu kepada para penjaja bahawa beliau takut untuk menangani isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatannya. Justeru saya mencabar beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan memberi ruang kepada orang lain yang lebih bersedia untuk mewakili kepentingan rakyat!


Antara yang hadir, Saudara Khairul Faizi bersama penduduk yang bersimpati

Sepanjang lebih tiga jam tadi, saya dan beberapa rakan-rakan termasuk peniaga telah cuba untuk menangguhkan perobohan tersebut namun segalanya menemui jalan buntu. Malah, pihak polis, RELA dan anggota majlis daerah semakin ramai mengerumuni kawasan tersebut. Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami telah mengadakan solat hajat di atas jalan raya di hadapan gerai tersebut kerana hanya pada Allah sahaja yang dapat diserahkan segalanya.


Kosong menanti dirobohkan

Saya telah memaklumkan kepada peguam PAS untuk melihat daripada sudut mana yang dapat DPPNJ bantu para penjaja. Saya tidak tahulah apa perasaan pemaju dan wakil rakyat yang boleh membiarkan para penjaja yang menitiskan air mata melihat premis perniagaan mereka dibiarkan untuk diroboh. Mudah-mudahan Allah yang Maha Adil akan memberikan petunjuk dan balasan kepada mereka yang berlaku zalim ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: