Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu kalimah Allah vs The Herald: Tarik ‘hand-brake’ cepat! Isu ini berisiko tinggi!!

Posted by Emg Trading & Services on 10 January, 2010

Islam mengajarkan ummatnya menghormati hak orang lain

1. Sehari dua ini Malaysia amat popular di kalangan pengamal media barat khususnya berkaitan isu “gereja dibakar”. Hampir semua ulasan media barat mengaitkan ianya dengan isu penggunaan kalimah “Allah” vs akhbar,the Herald.

2. Islam tidak pernah mengajarkan ummatnya membakar gereja, rumah ibadat atau kuil. Malah ia menjadi tempat paling selamat semasa peperangan di zaman pemerintahan Islam. Karangan dan pandangan lebih fakeh boleh dibaca dari tulisan Dr. Asri di sini dan pandangan TGNA di sini.

3. Majalah TIME mengulas isu ini dengan mengaitkannya dengan ‘Melayu’ Vs kalimah Allah pada artikelnya yang bertajuk  Churches Fire-Bombed in Malay ‘Allah’ Dispute. Dalam satu lagi artikel terbarunya ia mengaitkannya dengan Muslim bukan bangsa Melayu,Can Christians Say ‘Allah’? In Malaysia, Muslims Say No.

Bangsa Melayu memjadi fitnah pada agamanya sendiri!

4. Wartawan Reuter-Niluksi Koswanage dalam artikelnya  “Fourth church attacked in Malaysia as Allah row deepens” tanpa berselindung mengaitkan isu ini dengan PM Najib khusus untuk meraih sokongan politik orang Melayu. Ia dinafikan oleh Najib (rujuklah mana2 akhbar perdana).

Apa itu akhbar” The Herald”

Akhbar The Herald adalah antara akhbar utama di Sabah dan Sarawak. Ianya akhbar mingguan sehangat Harakah di semenanjung.Kalau tak silap saya, ia akhbar berbahasa Inggeris dengan sisipan tengah berbahasa Melayu. Ia adalah akhbar yang sangat komprehensif dan boleh didapati dalam 4 bahasa utama negara ini, bahasa Melayu, Mandarin, Inggeris dan tamil (versi online).

Pada pandangan penulis, jika benar ada sesetengah pihak cuba menjadi isu ini sebagai senjata politik meraih sokongan orang Melayu, sebenarnya dalam masa yang sama ‘memusuhi’ sebahagian besar penganut “non-muslim” secara tak langsung di Sabah dan Sarawak. Boleh jadi sentimen yang sama terdapat di Semenanjung. Ini strategi yang memakan diri.

Berdasarkan pengalaman lebih-kurang 7 tahun tinggal di Borneo, isu kristianisasi amat meruncing untuk diselesaikan di sana dan ia menjadi ‘duri dalam daging’ dalam mengekalkan kehidupan harmoni masyarakat di sesetengah tempat. Gereja dan masjid ‘sama banyak’! Jika anda berjalan kaki kemudian menyapa ‘salam’, panggilan ‘selamat pagi’ lebih sesuai digunakan berbanding dengan assalamualaikum. Ada masanya anda tidak dapat memastikan samada ia muslim atau non-muslim kerana iras wajah mereka seperti ‘kita’ juga..

Oleh itu, jika isu ini terus dimainkan tanpa berhati-hati, ia bukan sahaja menghilangkan sokongan masyarakat non-muslim Sabah & Sarawak malah boleh mencetuskan polemik etnik dan ketegangan agama!

Bertindaklah sebelum terlambat, tarik ‘hand-brake’ segera sebelum ia merebak memusnahkan segala apa yang kita kecapi selama ini. Mainkan isu lain, bukan isu ANTARA agama khususnya ‘Islam’ dan ‘Kristian’!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: