Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Khalid Samad : “Saya bukan dipanggil kerana isu kalimah”

Posted by Emg Trading & Services on 23 January, 2010

Khairulrijal.com

Parit Raja, 22 Januari – YB Khalid Samad yang dikaitkan dengan isu kontroversi kalimah Allah baru-baru ini menafikan beliau dititahkan mengadap  Sultan Selangor kerana isu kalimah Allah. Sebaliknya, Khalid menyembah duli meminta perkenan baginda Sultan bagi membincangkan isu pembangunan parlimen Shah Alam. Ia bagi mendapatkan maklumbalas lanjut berkaitan kesinambungan pembangunan bandaraya itu yang pernah digariskan ‘blueprint’nya oleh almarhum Sultan Selangor sebelumnya Tuanku Salehuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Hisamuddin Alam Shah.

Beliau yang ditemui di sini semasa menyampaikan ceramah di Pasti Al-Farabi, Parit Raja, Johor mendakwa isu pertemuan beliau telah disalahertikan oleh media arus perdana sedangkan pertemuan ini telah dirancang 2 bulan sebelum isu kalimah ini wujud.

Beliau turut mendakwa baginda Sultan amat berbesar hati mendengar dan menerima pandangan beliau berkaitan isu kalimah Allah yang dibincangkan di akhir pertemuan itu. Beliau menyatakan pendirian bahawa perlunya penelitian semula dibuat atas enakmen Hal Ehwal Agama Islam Selangor 1988 yang menyatakan haram bagi orang bukan Islam menggunakan 25 jenis perkataan termasuk kalimah Allah.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang menggunakan isu kalimah Allah untuk tujuan politik tanpa melihat dari perspektif syara’ yang mengharuskan penggunaan kalimah itu kepada non-Muslim.  Turut hadir ceramah kali ini ialah YB Chai Tong Chai (Adun Chuah, Negeri Sembilan) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenegrusikan oleh Saudara Khairulrijal Arshad (Exco Pemuda Kawasan Sri Gading).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: