Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

‘BERBAHAGIALAH DIRIMU KEMBALI KE SISI KEKASIHMU’ – Ustaz Abd. Sri kembali ke rahmatuLlah

Posted by Emg Trading & Services on 30 January, 2010

Artikel ini diambil semula dari iptaf.net sebagai mengingati pemergiaannya pada 25 Januari 2010 yang lepas. Beliau adalah antara rakan pimpinan di UITM amat merendah diri lagi disegani. Terima kasih khusus buat sheikh Irsyad yang mengusahakan artikel ini, semoga Allah membalas khidmat baikmu ini.

[foto seperti yang dijanjikan..]

Hamba ini musafir hina
Tiada kekuatan cintaku ya Allah
cintaMu tabir pembuka redhaMu
cintaMu… sujudku…

Begitulah sebahagian bait syair Allahyarham Ustaz Abd. Sri Koboi, bagaikan mengetahui bahawa saat diri akan dipanggil pulang ke hadrat Illahi sudah amat hampir. Dan kerinduan yang teramat sangat kepada Allah akhirnya menemui kesudahannya.

Bagai bermimpi apabila menerima berita bahawa beliau telah pulang ke rahmatuLlah kira-kira jam 4.11 petang Isnin 25 Jan. 2010. Selama beberapa ketika, terkedu dalam mencari kepastian sebelum berita hiba ini dihebahkan kepada teman-teman yang lain.

Menurut Mudir Ribath Syeikh Abdul Malik, Ustaz Abi Badrul, pagi Isnin itu seperti biasa beliau akan datang berjemaah subuh bersama-sama di Zawiyah Syeikh Abdul Malik. Dan seperti biasa juga, selepas selesai berwirid, beliau akan membersihkan kawasan bilik air dan tandas. Itulah rutin beliau dalam 3 bulan terakhir ini.

Solat jenazah dilakukan selepas solat waktu Asar

Setiap hari beliau akan memenuhi jadual mengajar al-Quran dan mengajar kitab di beberapa tempat sekitar Kuala Terengganu, disamping tugas-tugas khidmat yang berkaitan dengan IPTAF.

Menurut khabar teman yang membawa beliau ke klinik, Safri, dalam jam 3 ptg isteri beliau membawa beliau ke Ribath dan mohon pertolongan untuk dihantar ke klinik kerana berasa tidak sihat. Sejurus sampai di klinik terdekat, dan selepas diperiksa, Dr. menyatakan tiada sakit yang serius dan akan diberikan ubat-ubatan. Dr. berpesan jika rasa sakit makin serius disyorkan segera ke hospital.

Saat itulah ketika Safri mengambil ubat di kaunter, Allahyarham yang duduk di kerusi tiba-tiba seperti kekejangan dan sesak nafas. Terus diangkat dan diikhtiarkan Dr. dengan pelbagai cara untuk memulihkan keadaannya, namun tiada berhasil. Akhirnya disahkan beliau telah pergi buat selama-lamanya.

Ketika solat jenazah

Kemudian jenazah dibawa pulang ke zawiyah untuk urusan pengkebumian. Bagi memenuhi permintaan ibu dan ahli keluarga arwah untuk melihat arwah buat kali terakhir, maka urusan tersebut ditangguhkan sehingga ke waktu Asar Selasa bagi menanti ketibaan mereka dari Tawau, Sabah.

Alhamdulillah, solat jenazah dilangsungkan sebaik selesai solat Asar di zawiyah. Jenzah dibawa dengan van ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Manis, tidak jauh dari zawiyah.

Lokasi beliau disemadikan kira-kira 20 meter sahaja dari Makam Syeikh Abdul Malik Abdullah (Tok Pulau Manis).


Kerja-kerja menggali kubur jenazah allahyarham


Akhirnya diturunkan ke liang lahad


Tuan Guru Ayah Ku Husin, mudir Pondok Lubuk Pandang beserta murid beliau bersolat jenazah kerana kelewatan sampai


Bacaan talkin sebagai doa perpisahan yang sementara, semoga beliau digolongkan di kalangan orang-orang yang “menang”. Bacaan talqin disempurnakan oleh Ustaz Lah, imam Masjid Pulau Manis, manakala doa pula dibaca oleh Ustaz Mustaffa Kamal, pengerusi IPTAF.

Urusan pengkebumian selesai kira-kira jam 6.45 petang.

Latar Ringkas Allahyarham

Allahyarham dilahirkan di sebuah pulau di daerah Tawau, Sabah kira-kira 37 tahun dahulu. Merupakan anak sulung dari 8 orang adik beradik. Bapa arwah telah lama meninggal dunia.

Tahun 1992 arwah belajar di UITM Dungun, Terengganu dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan, kemudian menyambung ke peringkat ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor. Tamat pengajian beliau berkhidmat di beberapa buah syarikat swasta dan dalam masa yang sama terlibat dengan program-program keagamaan dan pendidikan Islam, malah pernah menjadi guru institusi pendidikan Islam di Kuala Lumpur. Pernah menetap di Pahang, Kuala Lumpur, Klang dan akhirnya pada 2003 berpindah ke Terengganu bersama keluarga arwah.

Semenjak di Terengganu, beliau menumpukan sepenuh masa dengan program-program dakwah dan pendidikan. Disamping mengajar al-Quran, fardhu �ain dan pengajian kitab di rumah/pejabat, arwah pernah berkhidmat dengan beberapa NGO Islam termasuk Persatuan Darul Fitrah Malaysia (Terengganu) yang berpejabat di Pasir Panjang, K. Terengganu.

Arwah juga terlibat dengan usaha pembangunan Zawiyah / Ribath Syeikh Abd Malik, Pulau Manis bermula tahun 2005 lagi sehingga akhir hayatnya.

Hasrat beliau ialah untuk kembali berdakwah dan membangunkan institusi pendidikan Islam di tanah kelahirannya di Sabah. Namun, Allah lebih menyayangi arwah walaupun beliau telah mengadakan beberapa program dakwah di Sabah sebelum ini.

Mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak bongsu arwah berusia kira-kira 7 bulan.

Menurut beberapa sahabat yang menguruskan jenazah arwah dari awal sehingga saat memandi dan mengkafankan jenazah, tubuh arwah begitu lembut sekali dan bagaikan orang yang masih hidup. Wajah arwah begitu tenang, dan seolah-olah terpancar cahaya kegembiraan yang sukar diungkapkan.

Dalam semua perkara, ada satu hal amat menyentuh hati kami semua mengenai Allahyarham. Isteri arwah menemui satu syair rakaman arwah sendiri di dalam telefon bimbit arwah� ia dirakamkan sekitar jam 3.11 pagi, kira-kira 13 jam sebelum arwah pulang menemui kekasihnya jam 4.11 ptg.

Syair penuh kerinduan dan kecintaan kepada kekasihnya ini adalah nukilan arwah sendiri dan dilagukan sendiri oleh arwah. Ia menceritakan segala-galanya, dan bila mendengarnya pasti kita akan memahami kenapa dalam usia masih muda (37 tahun), beliau telah dipanggil Allah kembali ke sisinya.

Benarlah kalam para auliya’ Allah, �barangsiapa yang benar-benar mencintai dan merindui Tuhannya, sesungguhnya Dia itu terlebih lagi dalam cinta dan rindu untuk bertemu hambaNya..’

Disini dicatatkan transkrip syair arwah bertajuk “MUSAFIR HINA” buat renungan kita yang masih hidup ini…

Hamba ini musafir hina
Tiada kekuatan cintaku ya Allah
cintaMu tabir pembuka redhaMu
cintaMu… sujudku…

belaianMu… terima kasihku
kau jua tiada Dia
Anta Tuhan demi Dia

demiNya tiada ku
Allah… manalah ada padaku
kasihMu dari senja padaku

Allah… ku menanti rinduMu
Kerana rinduku tidak berdaya
kasihMu… semayam di ambang rinduku

ya Allah aku musafir hina
meraih secebis rinduMu
di mana-mana…

Allah… tiada yang ada
Hanya namaMu… Huwa
Nur Mu tajalli lah di atas diri ini
Ya Rahim kembalikanlah kasih ini
Kepada kasihMu

Ya Razzaq baikilah serpihan hati ini
dengan pemberian Mu

Allah… anta Allah!
Ya Rabbi, bak menanti diri dipanggil lagi
Ya Karim, sallaLlahu �ala Muhamad ibni Abdillah

Allah… mana aku di sisiMu
Allah… Allah… Allah…
IntansuruLlah… Habibullah… Sufiyyulah
Hayyun Sifatullah�
Allah�

Demi Mu… Tiadalah hamba ini
Demi Mu… Segalanya
Ya Allah… ambillah serpihan kasihMu
Sebagai rindu hamba faqir ini

Ya Zahir, sampaikanlah hamba ini
kepadaMu… Allah…
Andai ada cintaMu pada diri ini
Suburkanlah cinta itu

cintaMu ku lihat di segenap lapisan diri ini
ya Allah, hamba ini tiada kekuatan
cintaMu jua yang bersinar di dalam diri ini

kupohon cintaMu, demi cinta diri ini kepadaMu
subhanaLlah, tiadalah hamba ini di sisi Mu
cintaMu jua salam di atas segi hidup ini
ya Allah ampunilah diri ini
sebagai hamba yang bertaubat

Sallallahu ‘ala Muhammad
ya Batin… himpunlah sisa hidup ini
dalam himpunan kekasihMu

Astaghfirullah… astaghfirullah…
Astaghfirullah… astaghfirullah…
Astaghfirullah… astaghfirullah…
astaghfirullah…

Subhanallah… Subhanallah… Subhanallah

Amin… ya Rabb

5 Responses to “‘BERBAHAGIALAH DIRIMU KEMBALI KE SISI KEKASIHMU’ – Ustaz Abd. Sri kembali ke rahmatuLlah”

  1. ibni-baittutah said

    Al- fatehah….

    Kehilangan yang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit. Tidak boleh di nilai dengan pemikiran dan penulisan. Hanya yang boleh di nilai ialah Martabat Tinggi di sisi Allah. Cetusan luahan pena Arwah amat menyentuh hati. Kita yang sebagai hamba Allah yang masih ujud di dunia ini dengan masih di uji OlehNya, kenalah sentiasa insaf dan sentiasa bertaubat kepada Nya. Allah Huakbar.

  2. khairulrijal said

    Ia amat memberi kesan kepada saya dan rakan-rakan yang mengenalinya

  3. al-fakir said

    Itulah dia insan pilihan Allah swt yang sanggup menghabiskan masa dan waktu untuk menyeru manusia lain kembali mengenali Allah dan mencintai Allah swt di bumi Terengganu. Berdasarkan latarbelakang pendidikan adalah bidang akademi namun bidang agama menjadi pilihan untuk beliau bekerja dan berjuang…….Semoga pengorbanan dan kerja-kerja dakwah arwah menjadi bekalan buat beliau di alam sana. Amin….

    Allah Tuhanku..di mana daku sekarang?

    • khairulrijal said

      Saudara nampak lebih mengenali beliau berbanding saya. Saya mohon jasa baik saudara untuk mengirimkan gambar terakhir / terkini bagi melepaskan rindu sahabat2 yang ada buat tatapan kami selagi hidup..

      Ia juga bagi memastikan beliau terus di kenang di dalam ingatan kita semua, kerana sudah lumrah manusia, manusia mudah lupa…lama kelama kisahnya ini juga akan luput dari ingatan kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: