Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Percayakah anda kepada mistik? Saya pernah menerima email tentang lebuhraya Tangkak – Pagoh hari ini menjadi tajuk utama akhbar

Posted by Emg Trading & Services on 2 February, 2010

Percayakah anda kepada mistik? Saya pernah menerima email tentang lebuhraya Tangkak – Pagoh hari ini menjadi tajuk utama akhbar. Email berkenaan memaparkan bagaimana kemalangan berlaku dalam jangka waktu yang singkat dengan tidak semena-mena waktu siang dan tiada hujan (kalau x silap). Beberapa kereta terbabit dalam kemalangan hanya dalam beberapa minit tanpa apa-apa sebab!. Menurut penulis email ia ada kaitan dengan benda ‘lain’. Gambar kemalangan turut dipaparkan, malangnya saya gagal mengesan email itu semula.

Statistik kemalangan lebuh raya antara Pagoh-Tangkak menggerunkan – Artikel Utusan

MUAR 1 Feb. – Statistik kemalangan bagi laluan Lebuhraya Utara Selatan antara Pagoh hingga Tangkak dekat sini didapati amat menggerunkan kerana secara puratanya sebanyak dua kematian dicatatkan setiap bulan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kajian daripada tahun 2000 hingga 2009 menyaksikan sebanyak 958 kemalangan direkodkan di laluan berkenaan.

“Daripada jumlah kemalangan tersebut, sebanyak 253 kematian telah dicatatkan sepanjang tempoh sembilan tahun ini.

“Secara puratanya, jumlah kes kemalangan maut di laluan ini adalah sebanyak 28 kes setahun atau kira-kira dua kes untuk setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Bangunan Pentadbiran JPJ cawangan Muar di Sungai Abong di sini hari ini.

Menurut beliau, kajian yang dilakukan juga mendapati tiada sebarang masalah bagi permukaan laluan lebuh raya sejauh kira-kira 30 kilometer itu yang cukup lebar dan lurus.

“Punca masalah ini mungkin kerana laluan yang terlalu selesa sehingga pemandu mengambil kesempatan untuk memecut laju.

“Bagi saya, usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan ini perlu digerakkan menerusi kesedaran para pemandu agar mereka sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan had laju,” katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan kadar kemalangan yang tinggi itu kerana ia turut melibatkan sikap para pemandu di negara ini.

Sementara itu, dalam perkara berasingan, Abdul Rahim yakin penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang berkuat kuasa 1 Jun depan akan dapat membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Penggunaan pengangkutan awam di negara ini adalah sekitar 10 hingga 15 peratus kerana orang ramai lebih gemar menggunakan pengangkutan sendiri walaupun berlakunya kesesakan.

“Dengan pelbagai galakan daripada kerajaan menerusi matlamat NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional), kita berharap peratus penggunaan akan dapat meningkat kepada 25 peratus,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga mengalu-alukan syarikat pengangkutan untuk membuka operasi di kawasan luar bandar bagi menjaga kepentingan masyarakat secara menyeluruh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: