Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Tuan Ibrahim Tuan Man ingin lepaskan jawatan?

Posted by Emg Trading & Services on 5 February, 2010

Itulah lumrah apabila jamaah ini semakin besar, semakin ramai ahlinya dengan pelbagai latar belakang dan keperibadian.

Serangan yang ditujukan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini menampakkan kita betapa peralatan dan perkakasan teknologi masih menjadi medan taruhan kurang cermat sesetengah kita untuk menyalurkan pendapat dan pandangan. Jawapan beliau begitu ikhlas dalam artikel bila UMNO tidak menyerang PAS!

Semoga Allah melindungi dan mengampuni  saya dari kesilapan dalam memberikan pandangan. Kita menyeru semua pihak khususnya pimpinan agar memastikan apa-apa yang hendak disampaikan tidak kira cadangan, pendapat atau apa jua nama luahan perlu membuat penilaian, timbal balik berkali-kali sebelum menulis ‘pendapat’ anda di dalam blog atau website. Masih ada banyak ruang dan jalan yang amat luas dalam sistem penyampaian PAS untuk disalurkan pandangan & hujah khususnya terhadap ‘urusan dalaman’. Ia tidak bermaksud membatasi demokrasi dalam PAS kerana walaa’ & tiqah kepada sistem jamaah masih membatasi segala perbuatan kita.

Muhasabah buat semua pendukung perjuangan.

2 Responses to “Tuan Ibrahim Tuan Man ingin lepaskan jawatan?”

  1. ibni-baittutah said

    “PENJUAL BESI” BURUK, TIMBANG KATI, BOLEH JUAL “BENDA” TU SAMPAI KAT URUGUAY…..PELIK!….NASIB BAIK AKU BERSARA AWAL…..KALAU TIDAK DENGAN AKU-AKU KENAL JUAL KAT SANA……KALAU AKU JADI HAKIM…MACAM MANA ADA FAKTA PERTUDUHAN NAK DI BICARAKAN KES NI….NAK KENDALIKAN MENGIKUT AKTA MULTIPURPOSE BOLEH AGAKNYA…….PELIK

  2. ibni-baittutah said

    Sebenarnya kita-kita ini semua yang silap. Yang menghukum silap, yang dihukum pun kena silap. Sepatutnya penilaian dari menentukan hukum didalam keadaan politik semasa ini, bagi pendapat saya tidak perlu dijalankan dan dipratikkan. kerana apa yang kita lalui didalam wadah perjuangan pada masa ini bukan lah keadaan selesa mengenai perjuangan Islam yang sebenar.

    Kita juga termasuk di dalam rentak politik sekular ini selagi perlembagaan negara ini tidak mengikut syarat-syarat syariah daulah Islam.

    Kenapa saya memberi pendapat itu?. Memang lah perjuangan kita ini adalah untuk Islam dan tatatertipnya, W’alanya dan tiqahnya, tetapi w’ala dan tiqah ini ada tak yang di pratikkan di peringkat negara dan parlimen negara kita. Mengikut hukumnya ia tidak wujud langsung, walaupun kita amalkan.
    Amalan itu memanglah menjadi etika dan akujanji di dalam perjuangan kita, itu memang betul dan patut dan wajib kita jalankan. Tetapi dari segi survival ummah dan survival pemimpin politik kita di sesetengah peringkat dan di dalam keadaan semasa kita mengalami dua keadaan berbeza dan saingan yang kita hadapi ini, hendak taknak kita terpaksa melalui keadaan ini walaupun tanpa kerelaan dari segi perjuangan. Kerelaan ini adalah kerana kita terpaksa menceburi sejarah dan matlamat politik yang menjadi bekas jajahan dan tinggalan. Sebagai contoh dua wakil rakyat yang dijatuhi hukuman, terpaksa menerima keadaan ini, walaupun kedua-duanya memberikan perjuangan dan pendirian yang baik.

    Oleh kerana keadaan semasa yang mengheret mereka ke kemelut isu-isu yang terbit, ia menjadi mangsa dan terpaksa melaluinya. Wajarkah kedua-keduanya di hukum?.
    Jika sesesuatu isu itu berkaitan dengan moral, akidah dan penyelewengan yang nyata, sememangnya ia perlu dihukum kerana ia berkaitan dengan akidah dan perjuangan suci. Tetapi dengan masalah pendapat atau kesilapan teknikal, sebagai contoh yang lain, yang tidak berkaitan dengan w’ala dan tiqah perjuangan, adakah ia perlu di adili dan di ambil tindakkan. Sebenarnya kita belum mencapai matlamatnya yang sebenar, iaitu Pemerintahan yang bermejoriti dan kuasa perundangan dan pentadbiran belum lagi kita kuasai.

    Dari segi logiknya, selagi kita tidak menjadi pemerintah dan tidak mencapai matlamat sepenuhnya Pemerintahan yang sebenar, dari segi hukum Islam yang sebenar kita tidak boleh menentukan dan melaksanakannya. Kerana itu lah pihak musuh politik bermaharajalela menjalankan kuasa yang luar dari batas ketertipan undang-undang Islam itu.
    Ada juga mengatakan selagi negara ini tidak menjalankan hukum Islam yang sebenar, apa perlu takut dan runsing kerana, tidak perlu memikirkan tindakan dan bukan nyata lagi kewajibannya, itu juga silap. Walaupun kita belum lagi melaksanakannya sepenuhnya, kita semua wajib mengetahui dan mengamalkannya, walaupun didalam keadaan darurat. Tetapi itu hanyalah pendapat kilafah dan kuliah yang perlu kita ketahui dan wajib kita sebagai umat Islam memperlajarinya. Yang di maksudkan menagguhan perlaksanaan adalah dari perjalanan politik, itu pun jika kesalahan besar atau dosa besar ia tetap kesalahan. Strategi dan kariertiviti politik semasa perlu di ambil pandang dan dilaksanakan selagi ia tidak memudaratkan perjuangan ini.

    Menghalal kan cara bukan lah bercanggah di dalam keadaan dan era ini selagi ia tidak lari dari ketetapan hukum dan akhidah, tetapi ia perlu untuk mencapai kemenangan dan menharapkan sokongan dan kemenangan demi meneruskan tapak Pemerintahan Islam yang di juangkan.
    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: