Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Aduka Taruna vs Nasir Safar (III) : SANDIWARA BARU BERMULA

Posted by Emg Trading & Services on 8 February, 2010

Sandiwara baru bermula untuk meredakan kemarahan rakyat khususnya kaum Cina dan India bila Polis Melaka baru akan memanggil bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar bagi melengkapkan siasatan kes berikutan kenyataan beliau yang dikatakan berbaur perkauman.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata Nasir akan dipanggil untuk rakaman percakapan secepat mungkin pada Isnin atau Selasa minggu depan. Bagi saya satu tempoh yang lama dan tidak sepatutnya sedangkan perkara ini sangat penting bagi meredakan suasana yang tidak tenteram hasil ucapan dari mulut celupar Nasir itu.

Polis melaporkan sebanyak 45 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan Nasir, 61, yang juga timbalan ketua Umno Tanjung Piai, Johor.

Di Negeri Perak sahaja, hampir semua dari 24 Parlimen telah melakukan laporan polis apabila Pakatan Rakyat Negeri Perak mengarahkan Sektretariatnya di setiap parlimen melakukan demikian Jumaat lepas.

Sebelum ini Nasir dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung ceramahnya yang dianggap bersifat perkauman. namun bagi saya ianbya tidak sampai disitu sahaja dan dia kena bertanggung jawab dengan ucapan yang telah dikeluarkannya.

Oleh : Cina Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: