Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Chui Jui Meng : THE HERALD dihalang bukan semata2 kerana kalimah Allah

Posted by Emg Trading & Services on 8 February, 2010

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng kemudiannya mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula bergiat menghalang penerbitan akhbar mingguan The Herald terbitan Katholik bukan disebabkan akhbar itu memohon menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mereka.

Sebaliknya, menurut dakwaan Chua, KDN berasa tidak selesa apabila mendapati kandungan The Herald cenderung menyokong parti-parti pembangkang ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

“Sewaktu Bersih (Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil) mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu negara, The Herald Katholik menerbitkan di muka hadapan majalah itu gambar-gambar dan tulisan-tulisan menyokong Bersih,” jelasnya.

“Apabila KDN yang dimiliki oleh Umno menyedari tentang itu, Umno mendapati Kristian di negara ini banyak menyokong pembangkang khususnya PAS, di samping PKR dan DAP yang boleh menjejas Umno (dalam) PRU12, mereka mula mengharamkan The Herald.”

Katanya lagi, usaha mengharamkan penerbitan The Herald bukan disebabkan faktor agama, tetapi demi menjaga kepentingan Umno.

Ekoran itu, menurut beliau, pihak Gereja Katholik terpaksa menggunakan  ‘jalan Mahkamah’ dengan memohon menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald demi mencegah konspirasi Umno tersebut.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi menjelaskan bahawa rasa bimbang yang bersarang di kalangan umat Islam disebabkan tidak rela kalimah ‘Allah’ digunakan secara yang salah.

Pun begitu, menurut beliau, umat Islam tidak berhak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah ‘Allah’ itu.

“Kita tak ada hak melarang mereka (bukan Islam) nak guna kalimah Allah, tapi jika mereka guna secara salah dan inilah menjadi asas kebimbangan umat Islam dalam negara kita,” jelasnya.

Bercakap di depan lebih 500 hadirin dari pelbagai agama, beliau secara peribadi melahirkan rasa bimbang sekiranya kalimah  ‘Allah’ itu diletakkan di restoran-restoran yang menjual produk atau makan tidak halal, yang akhirnya mengelirukan umat Islam.

Disebabkan kebimbangan tersebut, beliau menggesa pihak berwajib supaya menjelaskan  ‘kadar’ menggunakan kalimah Allah di kalangan masyarakat Islam secara undang-undang yang praktikal.

Dalam forum tersebut, beliau turut mengulangi ketetapan PAS iaitu masyarakat bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, tetapi tidak boleh digunakan pada tempat yang salah serta bertujuan menyampaikan dakyah ke atas umat Islam sendiri.

Forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS Pusat itu turut menampilkan ketuanya, Suhaizan Kayat selaku moderator.

SUMBER : Harakahdaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: