Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

(UPDATED) Isu guna fasilitis UiTM Pahang : UMNO dan UiTM sengaja mencari nahas

Posted by Emg Trading & Services on 20 February, 2010

Pandangan balas saya berkaitan salahguna UMNO oleh Ustaz Idris seperti yang disiarkan beliau di sini (juga dipaparkan di akhir artikel ini)

Pada pandangan saya, mustahil bagi UMNO mahupun UiTM tidak tahu undang-undang ini – AKTA 174.  Jika bukan AKTA ini, banyak lagi Akta lain yang menjelaskan bahawa Harta Awam bukan boleh digunakan untuk tujuan partisan dan perkakasan jentera politik mana2 parti. Saya bukanlah pakar dalam hal ini. Mereka mempunyai penasihat undang-undang yang terkenal Dr. Shad atau ramai lagi cendekiawan Undang2 yang begitu petah mengulas  undang2 Tubuh Negeri Perak nampaknya ‘diam’ membisu menggambarkan muslihat UMNO bermain dengan undang2 ciptaan mereka untuk kepentingan tertentu.

Mahasiswa UiTM sudah ramai yang ‘diugut’ dan di’takut’kan dengan akta khususnya AKTA 174. Mangsa kekejaman akta ini seharusnya bangkit mengemukakan bukti bahawa UiTM dan UMNO tidak jahil dalam menganiaya pelajar atau mahasiswa yang tidak ‘sebulu’ dengan mereka.

Kes paling sinonim ialah dakwaan terhadap pelajar UiTM saudara Helman Sanudin bersama dengan 6 orang rakannya atau dikenali sebagai ISA 7 pada 2001 yang tertunggak hingga ke hari ini. Kes yang tiada bukti kukuh dan pendakwaan ini jelas menganiaya hak pelajar berkenaan untuk dibuktikan bersalah sebaliknya UiTM telah lebih dahulu menjatuhkan hukuman ‘buang’ universiti sebelum mahkamah memutuskan hukuman mengenainya. Apakah akta yang digunakan untuk membuang pelajar ini? Itulah AKTA 174.

Begitu juga dengan kes saya yang dituduhkan kononnya memberi maklumat palsu kepada Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung dengan isu pemansuhan mata pelajaran UIS atau pendidikan Islam di universiti berkenaan pada tahun 2000. Tidak termasuk tuduhan tidak berasas lain seperti ; memalsukan tandatangan Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Musa Mohammed, ; menimbulkan rusuhan dan huru-hara kepada universiti dan lain-lainnya. Apakah akta ynag digunakan untuk menjatuhkan hukuman ini? AKTA 174.

Secara peribadi saya setuju dengan pandangan ustaz Idris Ahmad bahawa UMNO tidak seharusnya menggunakan universiti sebagai ‘markas’ mereka tetapi ingin menambah bahawa UMNO dan UiTM amat mengetahui tindak-tanduk mereka berkaitan akta yang mereka cipta. Pada pandangan saya mereka dengan sengaja melanggarnya atau memanipulasi mana2 akta berkaitan kerana pentadbiran kerajaan yang telus berintegriti bukanlah tujuan dan matlamat mereka. Oleh yang demikian, laporan polis wajar dibuat agar ‘penjajah’ versi baru ini wajar dihukum dan dimalukan di sisi masyarakat. Ramai cendekiawan undang2 yang ada wajar mengkaji dari sudut mana mereka patut didakwa dan jangan dibiarkan ‘dosa umum’  UMNO ini terus berlegar di sisi masyarakat.

Janganlah hendak diharapkan bahawa suatu hari nanti pihak pentadbiran UiTM akan membenarkan PAS atau mana-mana parti politik lain untuk menggunakan fasilitis UiTM ini di mana-mana cawangan mereka di seluruh Malaysia walau dengan kadar apa sekalipun. Hatta jika Malaysia sudah jatuh di tangan Pakatan Rakyat sekalipun, kita tidak seharusnya ‘kepingin’ menggunakan harta awam yang berasal dari wang rakyat ini walaupun kuasa eksekutif meng’halal’kanya di sisi undang-undang dunia.

Khairul Rizal Arshad

UiTM : Umno jahil undang-undang yang dibuatnya sendiri | Print | E-mail
http://idrisahmad.wordpress.com
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kejahilan Umno yang mengakui bahawa mereka tidak tahu tindakan mereka mengadakan program politik dalam kawasan Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Jengka, Pahang itu bertentangan dengan Akta 174 UiTMUmno sepatutnya bertanggungjawab dan melihat akta itu kerana merekalah yang menciptanya sebelum ini hingga memisahkan masyarakat kampus dari dunia Politik. Mereka sendirilah yang mencipta undang-undang yang menghalang fasiliti dan segala apa yang ada didalam kampus itu untuk digunakan bagi tujuan politik kecuali dengan kebenaran Menteri yang mana menterinya juga adalah ahli Umno.

Kejahilan Umno Pahang ini sangat mendukacitakan kerana mereka memperlakukan harta kerajaan seperti harta mak bapak mereka. Orang lain tak boleh guna, tapi mereka dengan senang-lenang mengubal akta yang hanya membolehkan mereka sahaja mengunakannya.

Kenyataan PAS sebelum ini sememangnya bertujuan untuk membongkar program berkenaan. PAS mahu mempastikan Umno Pahang yang membangkrapkan negeri itu benar-benar membayar sewa fasiliti yang digunakan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada Elegant Advisory Sdn. Bhd. dan vendor-vendor lain berlaku pada UiTM.

Sudah ada beberapa kes dilaporkan yang mana Umno menempah, menyewa dan mengunakan sesuatu kemudahan tetapi mereka tidak bayar dan kes dibawa ke mahkamah. Kes-kes ini tidak termasuk kes pengunaan fasiliti seperti Dewan orang ramai, tabika Kemas dan padang-padang awam yang sering digunakan Umno secara percuma selama ini.

Dalam kes UiTM, PAS menempelak Umno yang terdesak memberikan penjelasan bahawa mereka akan bayar segala kos selepas habis konvensyen itu, walhal kebiasaannya bila mana-mana agensi mengunakan fasiliti kampus itu mereka kena membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu.

PAS mendesak UiTM menjelaskan berapakah bayaran yang diterima mereka dari Umno dan mahu UiTM memberikan jaminan untuk memberikan hak yang sama kepada organisasi lain termasuk parti Politik bukan Umno yang berhasrat menyewa fasiliti kampus itu dimasa hadapan tanpa sebarang kekangan.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

UiTM : Umno jahil undang-undang yang dibuatnya sendiri | Print | E-mail
http://idrisahmad.wordpress.com
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kejahilan Umno yang mengakui bahawa mereka tidak tahu tindakan mereka mengadakan program politik dalam kawasan Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Jengka, Pahang itu bertentangan dengan Akta 174 UiTM

Umno sepatutnya bertanggungjawab dan melihat akta itu kerana merekalah yang menciptanya sebelum ini hingga memisahkan masyarakat kampus dari dunia Politik. Mereka sendirilah yang mencipta undang-undang yang menghalang fasiliti dan segala apa yang ada didalam kampus itu untuk digunakan bagi tujuan politik kecuali dengan kebenaran Menteri yang mana menterinya juga adalah ahli Umno.

Kejahilan Umno Pahang ini sangat mendukacitakan kerana mereka memperlakukan harta kerajaan seperti harta mak bapak mereka. Orang lain tak boleh guna, tapi mereka dengan senang-lenang mengubal akta yang hanya membolehkan mereka sahaja mengunakannya.

Kenyataan PAS sebelum ini sememangnya bertujuan untuk membongkar program berkenaan. PAS mahu mempastikan Umno Pahang yang membangkrapkan negeri itu benar-benar membayar sewa fasiliti yang digunakan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada Elegant Advisory Sdn. Bhd. dan vendor-vendor lain berlaku pada UiTM.

Sudah ada beberapa kes dilaporkan yang mana Umno menempah, menyewa dan mengunakan sesuatu kemudahan tetapi mereka tidak bayar dan kes dibawa ke mahkamah. Kes-kes ini tidak termasuk kes pengunaan fasiliti seperti Dewan orang ramai, tabika Kemas dan padang-padang awam yang sering digunakan Umno secara percuma selama ini.

Dalam kes UiTM, PAS menempelak Umno yang terdesak memberikan penjelasan bahawa mereka akan bayar segala kos selepas habis konvensyen itu, walhal kebiasaannya bila mana-mana agensi mengunakan fasiliti kampus itu mereka kena membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu.

PAS mendesak UiTM menjelaskan berapakah bayaran yang diterima mereka dari Umno dan mahu UiTM memberikan jaminan untuk memberikan hak yang sama kepada organisasi lain termasuk parti Politik bukan Umno yang berhasrat menyewa fasiliti kampus itu dimasa hadapan tanpa sebarang kekangan.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: