Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Ahmad Lutfi Othman mengesahkan penderitaan mahasiswa UiTM

Posted by Emg Trading & Services on 9 August, 2010

Seperti biasa, membaca karangan penulis berwibawa, Ahmad Lutfi Othman yang terkenal dengan majalahnya yang sering di’gam’, membuatkan kita ‘terhayal’ dengan penulisannya yang mengasyikkan. Walaupun begitu, yakin dihati saya, sampai ke mati pun beliau tidak akan dinobatkan anugerah penulis terkenal-wawasan apatah lagi anugerah besar seperti Sasterawan Negara.

Tulisan terbaru beliau di ruangan khasnya sebagai editor harakah (klik sini) amat mengujakan. Selain tuisannya yang begitu santai dan neutral, ia bisa mengembalikan kenangan silam penderitaan mahasiswa khususnya mahasiswa ITM / UiTM. Sebagai bekas Yang Di Pertua MPP ITM / UiTM 1999-2000, sikap Ibrahim Abu Shah yang amat ‘menjengkelkan’ terhadap gerakan mahasiswa yang pro-demokrasi bersuara, tentu dikenali lagi diingati. Sikapnya yang ‘keterlaluan’ itu menungkinkan antara faktor utama ‘melayakkan’ ia menjadi Naib Canselor gantian selepas menggantikan  mentornya, Ahmad Zaidi Laidin.

Saya percaya selepas ditamatkan kontraknya baru-baru ini, Ibrahim Abu Shah mempunyai ‘misi’ baru. Ibrahim kali ini tentunya tidak segan silu untuk mempromosi dirinya sebagi calon UMNO akan datang, tidak kira apa orang kata, atau apapun tentangan yang akan dihadapinya, walaupun dari ‘kem’nya sendiri! Ini menjadikannya setaraf dengan sahabat karibnya, Ibrahim Ali yang amat dikenali kerana  sikap dan mentaliti mereka yang sama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: