Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

JAKIM : QBB Pure Ghee SAH tidak halal!

Posted by Emg Trading & Services on 27 August, 2010

Bayangkan berapa banyak kueh raya, biskut2 raya yang kebanyakannya menggunakan minyak sapi ini, kerana ia antara yang termurah di pasaran. Sedangkan ianya tidak Halal! Rujuk Web Jakim.

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

2 Responses to “JAKIM : QBB Pure Ghee SAH tidak halal!”

  1. Haji Mohamed Shafie said

    Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal samaada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php

  2. Hj. Abdul Kadir said

    Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Dekat sini banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: