Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

ISU IKLAN RAYA TV3 2010: Masyarakat mahu mohon maaf terbuka

Posted by Emg Trading & Services on 5 September, 2010

Perbagai lapisan masyarakat menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan iklan terbaru TV3 berkaitan ucapan “Selamat Hari Raya” khusus kepada para penonton TV3.

Video iklan yang berkenaan yang tersebar luas di facebook, youtube dan blog sejak 2 hari lepas mendapat kecaman hebat pelbagai pihak.

Imej beca terbang ala-santa claus jelas boleh mengelirukan penonton khususnya golongan kanak-kanak. Sekali imbas ia sudah kelihatan seperti iklan krismas bagi penganut agama kristian.

Lebih mengejutkan, terdapat penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan.

Di peringkat awal iklan pula memaparkan penggunaan tulisan jawi secara terbalik menimbulkan persoalan apakah tujuan iklan ini dibuat di waktu umat Islam sedang berada pada kemuncak bulan Ramadhan.  Selain itu, “close up” di tayangan awal mendapati paparan sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok ‘seakan-akan’ pohon Krismas dikelilingi dengan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). Ia jelas menghina umat Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini di samping boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mengelirukan golongan Non-muslim.

Para pengkritik mengaitkan imej ini dimasukkan sempena dengan konsep 1Malaysia yang dipaparkan kerajaan.

Masyarakat kini sedang giat menyebarkan maklumat protes dan kelab ‘anti’ TV3 juga kini giat mendapat sambuntan khususnya di kalangan pelayar facebook atau para bloggers.

Bagi pelayar facebook, sila klik webpage dibawah untuk menonton video yang dimaksudkan : http://www.facebook.com/home.php?#!/video/video.php?v=1275079176949&ref=mf atau klik youtube berikut http://www.youtube.com/watch?v=tO1e6KXO88U&feature=player_embedded untuk paparan lanjut.

Pihak TV3 digesa menarikbalik iklan berkenaan di samping menyiarkan permohonan maaf secara terbuka. Ianya bukanlah isu kecil malah melibatkan krisis akidah umat Islam. Penonton tv3 yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu Muslim seharusnya bangun menyuarakan bantahan kepada pihak berkaitan khususnya kepada Kerajaan Malaysia agar tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menyiarkan iklan yang sebegini rupa.

28 Responses to “ISU IKLAN RAYA TV3 2010: Masyarakat mahu mohon maaf terbuka”

  1. andyrio said

    Selepas byk nye bantahan baru lah TV3 nk pohon maaf melalui Buletin utama dan Nightline mlm tadi. Aku bukan apa, why not bt perjelasan dgn sidang akhbar cam ner boleh terjadi semua nie dan siapa yg bertanggungjawab.

    Iklan nie mmg betul2 myimpang, Freemanson pun ada, Ilimininati pn ada, ish2 byk yg kene jawab tue..tulisan jawi terbalik (inverted) tue dh kira menghina nie.

    Lagi di benak hati aku nie ada gak tpk mgkin ia hanya test market, utk “mereka” melihat sejauh mana org Islam Malaysia bertindak dgn iklan sebegini. Nah! Ramai yg dh mebantah, so aku rasa “mereka” slepas nie akan bt lagi gdn cara yg lebih halus.

    So berhati2 lah.

    P/S: Konsep 1Malaysia kalau nk bt x perlu iklan yg bawa sekali unsur2 agama bangsa laen. Pk ler der

  2. junaidah said

    assalamualaikum kpd semua pembaca yg beragama Islam dan salam hormat utk yg bukan beragama Islam.

    Saya bekkerja di tv3, apa yg saya ingin nyatakan tidak semua yg terjadi di persetujui oleh semua kakitangan Islamnya.Jd jgn anti tv3 tapi antilah pd iklan itu shj atau mana2 program yg tidak membawa faedah kpd org ramai. Peranan tv sangat penting utk laluan dakwah dan kami masih di sini utk tujuan tersebut, biarpun peranan kami kecil tp kami iklas kerana agama.

    • Wak mijie said

      Salam,
      apa plak tak bleh anti tv3?? Kami penonton ada hak tau!! tu masalah korang lah kene boikot..takkan korang takder prosedur pra-tayang kpd umum?? budak sekolah rendah pun pandai nak bezakan daun ketupat dgn bunga lotus!

      Pasal beca plak, apsal nak samakan dengan kenderaan santa klaus? Takkan korang takde sensitiviti langsung?? mana peginya penasihat ugama dlam TV3? dah cuti raya ekk??? eee… geram tul lah aku! Astro pun tak ekstrim camni lah! tokey dia pun paham sensitiviti kita umat islam di malaysia. Aku marah, menyesaal pun ada.. anak aku suh aku beli beca terbang tu mana nak cari?? Half cut pun tak jual lah der…!!! Korang semua nak jadi illuminati ke??

    • azrin al-farouq said

      U nmpk org duk hina islam..dpn mate sndiri..haiii.. nk biarkn gitu je ke..? Islam yg pnakut.. Ptutnye u sbg staf kne ambik cakna sket…kne brani la lawan.. jgn duk biar je..sepakat laahh.. ckp Islam tp ble org hina islam..biar gitu je.. TV3..PENYEBAR ILLUMINATI. BOIKOT TV3..!!

  3. abdullah said

    TV3 dah kering idea nak buat iklan..raya puasa,iklan kritmas, tak tau lepas ni iklan tv semakin merapu.
    Walaupun TV3 dah tarik balik iklan tu..imej korporat dah tercemar, termasuk CEO dia sekali..
    Lebih baik letak jawatan..

    • Wak mijie said

      tulah jalan terbaik..
      jgn nak kejar kebagusan nak hasilkan iklan raya sampai gadaikan agama suci Islam wei… TV3!! wake up! Kita dilihat bagus sentiasa bila kita sentiasa bagus di mata orang, sekali kita tersasul, sampai bila2 pun orang takkan lupa.

  4. dini said

    will join kelab “anti” TV3 movment…buat sehingga org yg terlibat dlm
    pembikinnan dan ceo nya sekali resign…

  5. Wak mijie said

    salam TV3..
    Aku amat minat rancangan TV3!! 26 tahun Aku suka program2 dia..

    tapi bila tiba raya tahun nih..jgn harap TV3 dapat aku maafkan..Jgn harap korang dapat kemaafan daripada penonton dan peminat korang yang support korang punya jom heboh lah..mytv3 lah..mcm2 lagi selama 26 tahun ni.. ini balasan korang ekk??

    TV3 wake up! Kita dilihat bagus sentiasa bila kita sentiasa bagus di mata orang, sekali kita tersasul, sampai bila2 pun orang takkan lupa..jgn main2!

    tumpah setitik nila, rosak susu sebelanga..

    jadi sempena hari raya 2010 nih, aku nak ucapkan bakal selamat tinggal (resign) kepada mereka2 yang terlibat dalam penayangan iklan raya 2010. Pek lah beg balik kampong (tu pun kalau org kampong korang terima lagi)..tiket bas pun dah habis, jadilah naiklah beca terbang korang tuh! hu hu hu..

    p/s: jgn lupa servis beca, berhati-hati semasa penerbangan, ingat orang tersayang..

    • azrin al-farouq said

      saya sokong sepenuh hati kata-kata wak mijie… Jom!Kita tbuh kelab Anti Tv3.. Bru padan muke diorg… Gilakan pgkat dn kekayaan dunia..sanggup gadaikan agama sndiri.. U staff baik resign laaa..

  6. rydaarush said

    sekarang ni banyak video yg disiarkan berunsurkan illuminati dan bertentangan dengan agama islam..kita sebagai orang Islam harus peka..em..

  7. kamarul zaman said

    kes ini akan ditutup dan disarankan rakyat segera melupakan ia pernah berlaku.

    • kamarul lupa berzaman said

      Lupekan??? Ko ingat ni budak kecik punya hal ke??? boleh main lupekan??? statement paling bangang aku penah baca….

    • sang tupai said

      senan2 ko nk tutup crita pehal…ko yg bt iklan ni??? asal xde rasa senstif dlm otak ko ni ha

    • azrin al-farouq said

      Fuhh..senang2 je dia sruh lupekan org yg hina agama sndiri… Btul..inilah statement paling bangang. Dh sah..kut dia ni yg buat iklan tu.. Blh blah laaa..tv3..

  8. Bodowee said

    Sikit sikit buat hal, bodok tak?

  9. 47ronin said

    TV3 is Illuminati agent

  10. Konspirasi Mengarut said

    kenapa cepat percaya teori yang seperti ini. Inilah teori konspirasi yang paling mengarut sekali. ada halaman yang dah counter hujah yang seperti ini

    http://beritasemasa.com/illuminati-freemason-disebalik-iklan-raya-di-malaysia

  11. Fazli said

    First time sy tengok iklan raya 2010 ni memang ada benda tak sepatutnya ada di siarkan. Jangan samakan agama islam dengan agama lain. Berfikirlah wahai pembuat iklan

  12. iklim said

    pundi tol sape yg buat nie
    lu semua jgn bnyk langsi ma
    naqnti gua pkul
    a mcm ada takut !!!!!!

  13. mekar said

    itulah hasil dari didikan pemimpin umno yang bangang, TV3 suku sekutu UMNO

  14. Wak mijie said

    Wak datang lagi..
    korang perasan tak bunga2 tulip masih terbang melayang tatkala tv3 promo program2 terbaru atau program untuk hari ini. Bila korang nak delete or ubah konsep sinari lebaran illuminati nih? Yang dok pasang iklan raya zaman dulu tu sapa suruh? konsep raya tv3 kali ni memang ada unsur kesatuan budaya pada asalnya..tp alih2 nak jadi cam kesatuan agama plak..korang tau tak sapa yang usulkan kesatuan agama dalam dunia nih? Konsep nya semua agama disatukan.

    Aku pun bukanlah pengkaji agama atau apa..tp aku pernah terbaca satu info tentang Madame Blavatsky..korang search nama auntie nih..baca lah apa yang dia dah buat selama dia idup dulu..dan kesannya sampai skang.

    Dan satu lagi pi youtube, taip “the arrival”. kt situ macam2 info yang korang kene amik tau..wasalam.

  15. Energy X said

    jgn nak kata iklan. buku2 tentang ajaran sesat kanak2(dalam bentuk story utk kanak2) yg disamakan dengan agama ‘lain’ pon dah ada dipasaran. Kiamat itu akan berlaku setelah kesesatan itu benar2 berlaku antara umat Islam. Imam mahdi akan turun.

  16. bendera hitam selepang merah said

    Allah Huakhbar!!!

    Kepada semua comenters yang anti iklan raya TV3 tahniah kerana telah berjuang mempertahankan kesucian islam. Tapi ingat musuh-musuh Islam akan terus berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam. Khususnya di Malaysia, kita telah lihat tahun 2010 terdapat banyak sekali usaha-usaha berani puak freemanson dan Illuminati membuat cubaan memesongkan umat Islam di Malaysia. Ingat mereka mempunyai kepakaran yang hebat dengan mempunyai ahli dalam semua organisasi samada ekonomi, politik, sosial dll.

    Agenda mereka semakin jelas kelihatan sejak kebelakangan ini melalui cara yang halus dan kasar. Waspadalah…(Kehebatan pakar-pakar mereka tidaklah sehebat Allah SWT yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: