Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Posted by Emg Trading & Services on 8 September, 2010

Fuhh..raya dah sampai, tp byk isu panazz.. sayangnya tak ditangani oleh pihak-pihak berkuasa dengan ‘menyakinkan’.. sampai sekarang  belum ada apa-apa tindakan dibuat ke atas TV3 atas ‘terlanjuran’ yang dilakukan berhubung isu iklan raya’nya’.  Kata orang, kalau Pak polisi buat sekatan jalan raya, semua yang buat salah sekadar “minta maapp”, kerajaan pun tak dapat cari makan, orang pun tak takut nak buat salah, minta maaf ‘lepass’… minta maaf ‘selamattt..’. Minta maaf minta maaf jugak, tapi hukuman tetap hukuman apatah lagi pada organisasi yang besar seperti TV3. Ini sejarah besar dalam industri media tanahair..bukan kesalahan ‘kecik2 anak’.. Kalau individu tu lain lah cerita..

Akhir sekali, bagi pihak diri dan ahli keluarga, saya memohon maaf sepuluh jari, atas segala kesalahan dan kesilapan dalam penulisan, pandangan dan pendapat yang mungkin menyinggung rakan-rakan di luar sana. Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

Selamat Hari Raya..MAAF YER..

Allhu akbar…Allahu akbar…Allahu Akbar..

2 Responses to “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

  1. ASMAH ASHAT said

    Saya mengikuti perkembangan isu yang berkaitan sensitiviti agama lebih-lebih lagi yang menyentuh agama suci Islam. Saya setuju dengan pandangan saudara Khairul Rijal. Semoga mereka yang berkenaan akan lebih prihatin pada masa akan datang dan mengambil tindakan secara adil. Agama Islam sebagai agama rasmi telah diperlekehkan dengan tersiarnya iklan tersebut. Permohonan maaf untuk suatu kesalahan besar memang tidak mencukupi. Semua pihak harus mengambil iktibar atas peristiwa ini. Bersyukur kerana ada yang berani bersuara dari awal sebagai tanda protes seperti saudara dan rakan-rakan lain. Semoga amal diberkati Allah swt.
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H untuk saudara Khairul Rijal dan keluarga.

    • Agama telah mempertahankan kita dari kejahatan dan kesesatan. Maka tidak salah untuk kita mempertahankannya. Panjangkanlah protes ini, walau pun lambat, semoga suatu masa ia akan berjaya.

      Selain itu, mari kita menyeru rakan-rakan membantah dan menyuarakan protes sekurang-kurangnya melalaui email, facebook, blog ke atas rancangan Pastor Terry Jones di Florida Amerika Syarikat yang menganjurkan kempen “Hari Membakar Al-Quran” pada hari sabtu ini.

      Ia bertujuan memperingati peristiwa 11 September. Apalah maknanya kita selaku seorang muslim jika hanya membaca dan membiarkan peristiwa ini terus berlaku tanda berbuat apa-apa. Lemah sangatkah kita? atau sebenarnya kita sudah tidak peka? ia adalah ‘permit’ utama kita di kubur, pendinding kita (syafaat) dari negara yang paling kita takuti, itulah negara Jahannam.

      Oleh itu, syukur saya masih ada orang prihatin seperti puan dan rakan-rakan FB kita (klik di sini http://www.facebook.com/home.php?#!/video/video.php?v=1275079176949&ref=mf) yang kini ‘komennya’ berkaitan isu TV3 ini sudah mencecah lebih 3 ribu orang..

      SELAMAT HARI RAYA kembali buat puan sekeluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: