Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

(9/11) SABTU INI : 1Malaysia bakar lemang, 1Dunia bakar Al-Quran! Kenapa berdiam diri?

Posted by Emg Trading & Services on 9 September, 2010

Sabtu ini.. Insya Allah kita meraikan hari raya Eidil Fitri ke-2. Tahukah anda, pada hari yang sama..  sebuah gereja di Amerika Syarikat menganjurkan “Hari Membakar Koran Sedunia” sempena memperingati 9/11 atau 11 September.

Gereja New Testament di Gainesville, akan membakar kitab Quran pada malam 11 September “sebagai tindakan menentang kejahatan Islam.” Ia diketuai oleh pastor gereja tersebut, Terry Jones, yang juga seorang penulis buku yang baru diterbitkan berjudul , “Islam is of the Devil.”

Terry Jones ketika temubual dengan CNN (kanan)

Apalah maknanya kita selaku seorang muslim jika hanya membaca dan membiarkan peristiwa ini terus berlaku tanda berbuat apa-apa. Lemah sangatkah kita? atau sebenarnya kita sudah tidak peka? ia adalah ‘permit’ utama kita di kubur, pendinding kita (syafaat) dari negara yang paling kita takuti, itulah negara Jahannam.

Di Malaysia, sudah ada organisasi muslim yang menentang agenda ini. Beberapa organisasi kecil mengemukakan bantahan, dimulai dengan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang menyeru para khatib menyebut isu besar ini dalam 2 khutbah yang berlaku esok, khutbah raya, dan khutbah jumaat. Selain itu, kumpulan Islam yang lebih ekstrem seperti Hizbut-tahrir juga menyatakan bantahan. Mana pergi yang lain?

Pada pandangan saya, apa jua latar belakang kita, usia atau fahaman kita, isu pembakaran al-quran adalah isu bersama. Media-media besar seperti mediaprima yang diketuai oleh TV3 , BERNAMA, RTM dan stesen radio kita perlu menyiarkan protes ini selain dari ucapan dan penyiaran lagu raya semata-mata. 

Tunjukkan kita prihatin, sayangkan agama. Ada yang mengatakan Al-quran ini peliharaan Allah, lalu kita berlepas tangan? Masjid-masjid termasuk masjidil Aqsa itu rumah Allah, ia bakar dan cerobohi, kita cuma perlu menadah tangan?

Anda ada blog, facebook, twitter, webpage atau sekurang-kurangnya email,  TUNJUKKAN protes anda dan sebarkan maklumat ini.. kemudian berhari rayalah meraikan kejayaan kita, menentang kebatilan dan kerosakan.. hasil tarbiahnya Ramadhan.. Salam Aidil Fitri, Maaf  Zahir Batin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: