Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

UPSR 2010

Posted by Emg Trading & Services on 21 September, 2010

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR (mungkin yang terakhir?!) kepada adik-adik di luar sana.. Buat baek2..jangan gopoh2.. Moga Allah permudahkan urusan anda semua

Goodluck😉

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata, daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C)) dan 16,965 dari SJK Tamil.

Turut menduduki UPSR hari ini ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kelainan upaya.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sek Keb Permatang Badak di sini berkata, beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.

Di Kuala Terengganu, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.

Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: