Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Nahas Ngeri 10.10.2010 : Gambar kemalangan bas ekspress Delima sebelum dibersihkan

Posted by Emg Trading & Services on 12 October, 2010

Salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa nahas di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau Ahad lepas, 10-10-2010.

Tragedi yang mengerikan ini melibatkan bas ekspress Delima, bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), sebuah van dan tiga kereta.

( Kanan ) Kelihatan kereta Honda City yang hancur. Turut kelihatan mayat salah seorang mangsa kemalangan yang belum diselamatkan.

Jika dilihat dari ulasan akhbar hari ini, beberapa saksi mempersoalkan kelewatan ambulan sampai ketempat kejadian.

Antara yang dipersoalkan ialah mengapa kes seperti ini tidak mendapat keutamaan hospital berkaitan, penggunaan helicopter ke kawasan lapangan berhampiran dan lain-lain.

Berikut pandangan dari arah bertentangan kedudkan Bas Delima yang ‘terlentang’ dengan keempat-empat roda menghala ke udara.

Sehingga kini, siasatan lanjut masih dijalankan.

Siasatan awal mendapati kedaan bas Delima adalah baik termasuk keadaan tayar yang elok dan penyelenggaraan yang menepati kehendak Puspakom.

Ngeri.. Pemandu van yang berusia 34 tahun ini mati di tempat kejadian.

 

Sukar diungkapkan keadaan sebenar yang berlaku. Apa pun takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

sani ekspress 1

sani ekspress 2

sani ekspress  3

sani ekspress 4

sani ekspress 5

sani ekspress 6

Untuk berita penuh, boleh layari Utusan Malaysia Online.

Kredit: Carigold / qieflysidolce

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: