Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Gambar Proton Inspira Baru : Waja “Replacement” model “ala” Mitsubishi Lancer, 100% komponen jepun?

Posted by Emg Trading & Services on 15 October, 2010

Bagi peminat kenderaan tempatan, semalam “kecoh” apabila iklan Proton menyatakan akan mengeluarkan model menggantikan Proton Waja yang telah mencecah usia 10 tahun pada Ogos baru-baru ini. Di luar negara ia juga dikenali sebagai Proton Impian.

Kata mereka, pembeli tempahan awal akan mendapat komponen 100% Jepun! Hari ini, melalui blog kenderaan terkenal paultan.org dimaklumkan bahawa 74% adalah kompenan import manakala selebihnya adalah komponan tempatan. Baca seterusnya untuk melihat gambar dan analisis penulis..

Harganya minimum RM 80,000.00 (enjin 1800 cc manual) bagi yang ‘basic’ menggambarkan sasaran pelanggannya kali ini lebih menjurus kepada peminat kenderaan berkuasa tinggi dan mementingkan prestasi.

Kali ini ia berlawanan dengan Exora yang yang lebih menjurus kepada ‘famili-car’ dengan ciri yang lebih sederhana dengan kuasa enjin yang berkuasa jauh lebih rendah 1600 cc berbanding ‘badannya’ yang montel dan ‘rendang’.

Setelah rumour sekian lama mengatakan bahawa ia ‘sebijik’ seperti Mitsubishi Lancer (bukan Mitsubishi Lancer Evolution yer. Evo harga lebih RM 330k!) maka benarlah hari ini ia menepati ‘khabar’ berita berkenaan. Lihat di sebelah dan bandingkan gambar dibawah. Turut disertakan gambar-gambar dari rakan2 blogger lain untuk tatapan semua, jika anda berkenan, tempahlah. Jika tidak, sekadar ‘halawa mata’.. Credit kepada paultan.org

Maka jadilah begini…

Gambar bocor lagi..biasalah..

Di bawah, gambar Lancer EX 2.0 di pasaran Malaysia dengan harga RM 117.000 (Auto, 2000 cc)

Pada pandangan saya, jika dibandingkan dengan harga mitsubihi Lancer ori, x jauh beza. Yang menghairankan, jaminan proton baru ini hanya 2 tahun atau maksimum (50000 km atau 2 tahun) berbanding Lancer yang menawarkan jaminan (100,000 km atau 5 tahun!) – Rujuk gambar di bawah. Kalau org ada duit, baik amik yang ‘ori’ Mitsubishi..Nama pun import. Ada kelas sikit.

Sebenarnya, orang ramai x semestinya kesah import atau tidak, masing-masing melihat kemampuan masing-masing, dari dulu ramai berbunyi.. proton jual ‘kereta’ mahal kerana di luar, proton terpaksa letak harga lebih kompetitif. Entahlah..

Sebenarnya, kalau dibandingkan, samada proton atau perodua, kedua-duanya me’main’kan harga di pasaran tempatan, kerana ‘tax’ atau cukai tariff kereta import telah ‘menyelamatkan’ mereka.  Apa nak buat, orang ramai terima.. Layan ajelah

https://khairulrijal.wordpress.com

Berikut adalah ‘timeline’ pengeluaran produk proton sejak dulu hingga kini..

Garisan masa pengeluaran kereta Proton, 1985-sekarang
Jenis 1980-an 1990-an 2000-an
5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Supermini     Tiara   Savvy
Subpadat     Satria Satria Neo
Sedan
kompak
Saga / MPi / Knight / Saga Iswara Saga
    Wira / Persona / 400
    Waja / Impian
      Gen-2
      Persona / Gen-2 Persona
Pertengahan     Perdana
Coupe     Putra  
Pikap       Arena / Jumbuck
Van       Juara  
MPV       Exora

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: