Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Analisis Cuti Bersalin 90 Hari sempena BUJET 2011 : Kerajaan akur TAPI tidak ikhlas!

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Mendapat cahaya mata atau ‘orang baru’ adalah anugerah yang ditunggu oleh si isteri mahupun si suami. Betapa girangnya hati apabila mendengar khabar ini apatah lagi bagi mereka yang  baru pertama kali  dikurniakannya setelah lama menunggu ‘penyeri’ dalam melayari bantera rumahtangga. Cuti bersalin sebenarnya bukan isu kecil. Ia anugerah pemerintah, malah lebih baik digelar ‘hadiah’ istimewa bagi menyanjungi golongan ibu yang menanggung kesusahan dan kepayahan yang bukan sedikit.

Kelahiran si-dia juga akan menyibukkan si ayah menguruskannya, menghantar ibu ke rumah bidan untuk rawatan susulan, mendaftarkan nama anak, melayan sabahat-handai yang datang mengucapkan tahniah.. dan ada sesetengahnya berulang-alik beribu batu ke kampung halaman untuk menguruskan pelbagai perkara yang datang menjelma. Itu tidak termasuk menguruskan anak yang ditahan wad kerana ‘kuning’, ibu yang mempunyai masalah semasa kelahiran dan sebagainya.

Baru-baru ini  dalam bujet 2011,  kerajaan mengumumkan ‘hadiah’ istimewa ini.

Namun.. PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan pelbagai reaksi.

Dulu kita bermegah dengan polisi 70 juta rakyat Malaysia pada awal-an di bawah saranan bernas Tun Mahathir pada September 1982. Ia kemudiannya menjadi DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA yang menjadikan ia antara Dasar Awam paling konstuktif, tanpa pindaan sejak sekian lama, malah semua pihak tidak kira oleh pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang menerimanya sebagai sebuah dasar yang baik, sejajar dengan keperluan tenaga negara di samping selaras dengan tuntutan agama.

Lebih kurang 30 tahun kemudian, negara dilihat berpatah balik ke belakang. “Anugerah” pemberian cuti 90 hari cuti bersalin kepada kakitangan kerajaan baru-baru ini di’syarat’kan membatasi cuti tidak melebihi 300 hari / 5 orang anak. Dengan kata lain..dasar terbaru tidak menekankan jumlah anak per keluarga di Malaysia lagi, cuti boleh 90 hari..tapi bersyarat.. hanya max 3 org anak shj yang menikmati  cuti 90 hari (lebihnya 30 hari untuk anak keempat dan di sambung dengan cuti tanpa gaji).

Mari kita lihat apa pandangan Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi.

katanya, ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.

Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari.

“Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.

Pada pandangan penulis, cuti memang diberi seperti dahulu, cuma di’oter’ untuk ‘dipilih’ sendiri khusus bagi golongan yang tidak mahu mempunyai anak yang ramai. Ia juga tidak bermakna kepada ibu bersalin yang telah mengambil 60 hari untuk anak(2) sebelum ini, kerana ia TELAH TERMASUK dalam perkiraan 300 hari perkhidmatan sepanjang hayat dalam kerajaan.

Pemberian cuti 90 hari ini juga hasil  pelbagai pihak dari NUBE, persatuan-persatuan sekerja di samping ia menjadi salah satu menifesto pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) pada tahun 2008. Sayang sekali, apabila ia telah dilaksanakan, pembelaan ke atas golongan wanita ini (khususnya kakitangan kerajaan) tidak benar-benar tulus  hingga timbul istilah, kerajaan kasi..tapi tak iklas..

Untuk akhirnya 2 persoalan yang menjadikan isu ini belum selesai :

1) Bagaimana dengan cuti untuk suami 7 hari seperti yang dicadangkan oleh pelbagai pihak sebelum ini?

2) Mengapa ‘hadiah’ yang sepatutnya membantu kerajaan pada PRU ke 13 ini tidak benar2 dijadikan ‘hadiah’, sedangkan ia melibat ‘core-supporter’ kerajaan selama ini iaitu kakitangan kerajaan. Adakah kini kerajaan telah mengubah dasar baru yang bertentangan dengan dasar Tun Dr. Mahathir- iaitu Dasar 70 Juta rakyat Malaysia seperti yang diwar-warkan sebelum ini?

Jadual: Cuti bersalin di negara lain

Negara Tempoh Cuti Bersalin Catatan
Angola 3 bulan Gaji dibayar 100%
Bulgaria 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa  gaji Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. Wanita mengandung dan ibu tunggal tidak boleh dibuang kerja.
Brazil 4 bulan bagi ibu 7 hari bagi bapa Gaji dibayar 100%
Cameroon 3 bulan  bagi ibu 10 hari bagi bapa Gaji dibayar 100%
China 3 bulan Gaji dibayar 100%
Cuba 3.5 bulan Gaji dibayar 100%
India 135 hari (Kerajaan Persekutuan) 90 hari (Kerajaan Negeri)

15 hari bagi bapa

Gaji dibayar 100%
Indonesia 3 bulan bagi ibu 2 hari bagi bapa Gaji dibayar 100%
Italy 5 bulan 80% gaji dibayar selepas bersalin
Laos 3 bulan Gaji dibayar 100%
Sweden 18 bulan bagi ibu 3 bulan bagi bapa/penjaga Gaji dibayar penuh dan kos ini ditanggung oleh majikan dan Kerajaan.
Thailand 3 bulan 45 hari pertama gaji 100% 45 hari seterusnya gaji 50%
United Kingdoms 26 Minggu (7 bulan) 90% gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.

 

Sumber: Parental Leave – http://en.wikipedia.org

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: