Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Melaka Maju 2010? : Ceh.. jAli ‘celaka’kan Melayu!

Posted by Emg Trading & Services on 8 November, 2010

Sibuk dijaja Melaka Maju…Melaka Maju

Tapi di mana ‘duduk’nya Melayu?

Bukan soal Melayu, bukan soal Hindu

Soal pejuang bangsa konon, sebenar pengkhianat ‘tegar’ tanpa malu!

Terbakar hati ini baca nasib saudara seagama

Di tanah jajahan anak Melayu Islam Menteri Besarnya

Langsung tak hirau nasib se’bangsa’

Aku tak peduli soal bangsa atau soal umat apa?

Kononnya kerajaan yang ada pembela bangsa, apa yang dibela, apa yang di’bela’?

Yang di’injak’ bukan Cina bukan India

Bukan orang hulu Sungai Samudera

Bukan juga anak orang Sumatera Indonesia

Tapi anak jati,asli negeri!

Misai serupa

Kumis dan kulit sama seinci..

Kalau dihiris keluar darah ‘biru’ karat macam warna inci

Itupun dianiaya!

Ceh..

Memang Jali ‘celaka’kan Melayu sendiri

Rupanya fahaman nasionalis tak juga selamatkan ‘bangsa’

Kerana yang dipuja doktrin ‘fahaman’ ciptaan manusia

Tiada tulus tiada penjaga


Melainkan..

Jika kau berdiri atas fahaman tauhidi

Rukun tuhan yang tidak kurang walau seinci

Tidak lapuk dengan keris dan bahasa memuji

Tetapi ‘fahaman’ yang ‘berdiri’ sendiri

Dipandui ‘pencipta’Nya yang Maha Lestari

Dialah Allah Pencipta aku dan Pencipta Jali!

Sidang kusantana

Arakian puncanya

Hampir aku ‘memaki’

Kurangsang akal

Agar berfikir seribu kali

Kurenung semula

Nasib bangsaku ‘dimaki’ dihalau dari tanah sendiri

Hanya RM 180 dan sedikit wang saku sebagai ganti!

 

– oleh Khairulrijal, Nov 8, 2010

Luahan spontan setelah membaca artikel ‘menyayat’ hati Hmetro bertajuk Enggan Serah Tanah Adat berikut..

ALOR GAJAH: Seorang pesara tentera melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah yang bercadang mengambil alih tanah adat miliknya dan dua adiknya seluas 0.002 hektar di kawasan Mukim Sungai Petai, di sini.

Uda Mohd Yasin, 57, dari Kampung Sungai Petai, berkata mereka tidak pernah bersetuju dengan cadangan pengambilan tanah yang dilakukan itu meskipun jumlahnya kecil.

“Pada 2 September lalu, saya dan dua adik ada menerima surat daripada pihak berkenaan yang memaklumkan pengambilan tanah milik kami.

“Di dalam surat berkenaan, pihak mereka menyatakan tujuan pengambilan tanah berkenaan untuk menyalurkan bekalan air ke Kawasan Perindustrian Rembia yang terletak di kawasan berhampiran.

“Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan, kami pergi menemui pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci dan berbincang berhubung hal berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, pihak berkenaan menjelaskan proses pengambilan tanah mengandungi 40 batang pokok getah dalam dua baris itu bukan hanya dilakukan pada tanah milik mereka tetapi juga membabitkan tanah bersebelahan.

“Kami tiga beradik tidak pernah memberi sebarang persetujuan mengenai proses pengambilan tanah berkenaan, lebih-lebih lagi ia dipenuhi tanaman getah berusia kira-kira lima tahun.

“Malah, kami sebenarnya diberi masa untuk berfikir bagi membuat keputusan mengenai pengambilan tanah berkenaan meskipun mereka tahu kami tidak bersetuju dari peringkat awal,” katanya.

Uda berkata, dalam tempoh diberikan, dia dan adik beradiknya sekali lagi menerima surat daripada pihak berkenaan yang turut disertakan dengan cek bernilai RM230 setiap seorang.

“Kami sangat terperanjat dan tidak pernah menduga akan menerima cek dengan jumlah itu meskipun kami belum membuat keputusan.

“Di dalam surat itu, mereka memaklumkan bayaran RM180 mewakili nilai harga tanah setiap seorang yang diambil manakala baki RM50 pula adalah tambang,” katanya

 

One Response to “Melaka Maju 2010? : Ceh.. jAli ‘celaka’kan Melayu!”

  1. iklanpet said

    Pasang iklan seputar dunia pet di iklanpet.com baik iklan dijual, dibeli, pejantan, produk, jasa, usaha, rasakan bedanya hanya di iklanpet.com gratis dan tanpa daftar. semua kategori binatang ada disini, bila tidak ada request ke admin untuk penambahan, kami tidak akan menambah bila termasuk binatang yang dilindungi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: