Posted on 30 October, 2009 by khairulrijal

Tawaran Khas kepada sahabat-sahabat menjadi agensi Korporat Takaful Malaysia. Syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pendaftaran atas nama syarikat bukan individu (minimum INTERPRISE, pendaftaran di ROC hanya RM 70 sahaja)
- Kelayakan Minimum : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Operasi Perniagaan di Negeri Johor. Bagi operasi perniagaan di luar negeri Johor, sila hubungi untuk maklumbalas.
- Mempunyai kemudahan PC / notebook dan akses Internet
- Tempoh penyertaan dibuka sehingga 31 Disember 2009
- Untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan sila hubungi atau sms ke 012-8699160 (Rijal) atau email bgx3660@yahoo.com atau tinggalkan pesanan di paparan blog di sini.
NOTA : Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah pengendali Takaful Pertama di Malaysia.
Filed under: Artikel Pilihan | 2 Comments »
Posted on 21 November, 2009 by khairulrijal

http://khairulrijal.wordpress.com/
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 21 November, 2009 by khairulrijal
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Read more »
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 19 November, 2009 by khairulrijal
Download: Iklan Potong P1 W1max
Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan melihat iklan ini, mungkin akan terkilan. Namun dalan era teknologi tidak semua yang boleh di’potong’ dan disekat. Klik url di ‘atas’ untuk men’download’ iklan potong.
Rumusan dari ilan berkenaan sememangnya menyentuh sensiviti masyarakat Melayu. Apatah lagi apabila perkataan potong disebut berulang dan pengantin perempuan pula bertanya kepada suaminya ..’dah potong?” Ironisnya ia menyentuh sensitiviti golongan “lelaki” melayu apabila perkataan ‘potong’ merujuk kepada adat berkhatan.
Dalam masyarakat kita, taraf wanita Melayu juga mendapat darjat yang tinggi dan dipelihara. Apa sahaja ruang lingkup yang berkaitan wanita atau gadis remaja dijaga menrangkumi sejak zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam rumah tangga. Contohnya, gadis Melayu tidak digalakkan menyanyi di dapur ketika memasak atau membuat kerja, kononnya agar tidak mendapat suami berusia. Boleh jadi tujuan asalnya ialah untuk menjaga kehormatan si gadis agar jangan terpekik terlolong ketika membuat bekerja. Rendah adapnya.
Walaubagaimanapun, bagaimana pula dengan iklan tuala wanita di kaca-kaca tv ini? Berbagai gaya dan ‘aksi’ ditonjolkan. Lensa kamera tidak segan silu menumpukan fokus ke anggota badan pelakon. Kekadang kita naik segan dibuatnya. Baru-baru ini ada pula pertandingan mengira panties wanita! Iklan-iklan lain seperti iklan pewangi badan (nak sebut ‘ketiak’ terbayang pula iklannya), iklan sabun mandi dan sebagainya jelas bertentangan dengan adat Melayu apatah lagi seorang muslim.
Jika ia perkara ini dibiar dan tiada garis panduan pengiklanan, apa lagi hendak dikira selepas daripada ini? Boleh jadi seluar dalam lelaki melayu? sanggup?!

Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 15 November, 2009 by khairulrijal
Sumber : http://khairulrijal.wordpress.com
Updated Jam 10.45 pagi : Ust Rizal dan penulis (tiada di gambar) antara yang bertugas untuk Pendaftaran PASTI secara On-line.
Updated Jam 10.00 pagi – Kehadiran Ibubapa dan pelawat amat luar biasa menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berdiri bagi menyaksikan aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan.
Updated – jam 9.51 pagi Kelihatan para ibu yang memberi perhatian penuh kepada persembahan yang sedang dijalankan oleh anak-anak PASTI sekitar Sri Gading

Turut dibuka Kaunter SPR untuk membolehkan para pengunjung mendaftar sebagai pengundi di Kawasan Sri Gading.
Updated 9.40 pagi : Kelihatan anak-anak PASTI yang akan menerima sijil pentaulihan selaku generasi ke 25 tahun semenjak PASTI mula bertapak di Malaysia.

Updated 9.35 pagi : Permandangan dari luar dewan Cina Kawasan Parit Raja tempat penganugerahan sedang berlangsung.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 13 November, 2009 by khairulrijal
Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009. Sehubungan dengan itu, aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.
Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke – penerangan.paspusat@yahoo.com atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 13 November, 2009 by khairulrijal
Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri entah berentah. Sebuah lembaga temuduga untuk pentauliahan mulai bersidang.

Tempat bersidang:
Bilik indah berhawa dingin.
Ahli persidangan:
19 orang.
Kelayakan Ahli:
1 orang SarjanaMuda Syari’ah; 1 orang SarjanaMuda Usuluddin; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Qur^an; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Sunnah; dan 15 orang Sijil 4 Thanawi
(setaraf dengan SPM).
Peserta yang akan ditemuduga:
2 orang (1 berkelulusan Sarjana Perbandingan Fiqah; dan
1 berkelulusan Doktor Falsafah Pengajian Hadith).
Skema soalan temuduga:
Maksud Islam, Iman dan Ihsan; hikmah berpuasa enam; hukum orang yang membuat ‘aqiqah memakan sebahagian dari daging ‘aqiqah; rukun serta syarat sebuah talqin yang baik; contoh keistimewaan mazhab Syafi’iy berbanding dengan mazhab lain; rasional qunut itu disunatkan; kesesatan golongan wahabi; bla; bla; bla.
Keputusan temuduga:
Semua peserta gagal. 1 orang gagal, kerana jawapan terlalu ringkas. Jawapan hanya dengan ayat-ayat Qur^an dan hadith tanpa terjemahan. Dia menjawab hanya dengan bahasa Arab, tanpa diselangseli dengan bahasa Melayu. 1 orang lagi gagal, kerana tidak menjawab sebarang soalan. Dia hanya sekadar tersenyum sahaja. Belum selesai temuduga, dia dah keluar.
Sumber asal http://dppmuar.blogspot.com/
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 13 November, 2009 by khairulrijal
Bermula dari blog Zaid Ibrahim (klik sini) yang mencadangkan TG Nik Aziz mengepalai Pakatan Rakyat.NVT7 menanyakan persoalan berikut :

Siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan?
A) Tuan Guru Datuk Nik Aziz 52%
B) Datuk Seri Anwar Ibrahim 30%
C) YB Lim Kit Siang 9% dan
D) Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 9%.
Anda bagaimana?
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 13 November, 2009 by khairulrijal
Hari ini Pas mengakui hanya mengamalkan baiah sumpah setia laknat bukannya amalan baiah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Jangan mengulas menggunakan media
Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu ‘bai’ah talak tiga’, telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan.
Dalam keadaan media yang mengadu-domba, pihak pimpinan masih ‘memberi kepercayaan’ untuk menyampaikan kenyataan walaupun mengambil maklum kenyataan mereka mungkin akan di’olah’ dengan niat tertentu.
Filed under: Isu Politik | Leave a Comment »
Posted on 13 November, 2009 by khairulrijal
KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai’ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.
Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 12 November, 2009 by khairulrijal
Posted on 12 November, 2009 by khairulrijal
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.
Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 12 November, 2009 by khairulrijal
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Kereta Iswara milik Wartawan Kanan Harakahdaily, Azamin Amin dipecah sebentar tadi kira-kira jam 2.45 petang di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Menurut Azamin, kejadian tersebut disedari apabila beliau bersama-sama Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin selesai menjamu selera di sebuah restoran di kawasan berkenaan.
“Sebaik sampai ke kereta, cermin tingkap pecah dan but kereta telah dibuka…,”jelasnya semasa menghubungi pejabat Harakahdaily sebentar tadi.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 12 November, 2009 by khairulrijal
KUALA LUMPUR, 12 Nov : Bekas Mufti Perlis menyelar tindakan pihak JAIS yang menghebahkan kepada media bahawa akan di dakwa di mahkamah syariah esok sedangkan tiada sebarang surat rasmi atau makluman dokumen kepada beliau sendiri yang tidak tahu menahu pendakwaan tersebut.
“Sehingga kini saya tidak ada sesiapa yang menghubungi, hantar surat atau sebarang dokumen untuk meminta saya hadir di mahkamah syariah.
“Saya tidak akan hadir dan tidak boleh hadir kerana ianya tidak ikut prosedur yang betul. Kenapa dia hebahkan kepada media sedangkan mereka perlu maklumkan kepada saya terlebih dahulu.
“Saya sendiri tidak tahu menahu,” katanya ringkas ketika menghubungi Harakahdailyt sebentar tadi.
Beliau yang kesal dengan sikap JAIS yang bertindak ‘melangkaui’ bidang kuasa dengan menjadi penghebah, penangkap, penguatkuasa, pendakwa dan penghukum dalam masa yang sama.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal
(Antara artikel lepas (Jun 2008) yang menyebabkan Dr. Asri tidak disenangi oleh sesetengah pihak agama dan politik)
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Read more »
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, hari ini menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya.
Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.
“Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis,” katanya ketika ditemui pemberita di Yan hari ini.
Beliau diminta mengulas isu pembatalan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini.
Abdul Isa berkata, surat berkenaan telah dihantar secara umum yang ditandatangani oleh setiausaha dewan kepada anggota-anggota dewan.
“Setelah mendapati surat berkenaan turut dihantar kepada beliau (Abu Hassan), saya sendiri telah membatalkannya,” katanya. BERNAMA
MalaysiaKini/-
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui telah menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa disiplin parti berhubung beberapa isu kontroversi di negeri itu.
Ditemui wartawan selepas pembentangan bajet di DUN Selangor hari ini, beliau yang juga exco hal-ehwal agama Selangor mengesahkan telah menerima surat tersebut semalam.

ADUN Gombak Setia, yang enggan mengulas kandungan surat berkenaan, bagaimanapun berkata beliau akan memberi jawapan kepada jawatankuasa tersebut dalam bentuk bertulis.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal
Ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa hari ini membawa ke Parlimen, Jayanthi LG Naidu, yang dikatakan menjadi ’saksi utama’ yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Datuk VK Lingam.
Ini ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.
Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan.
Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai ‘tiada tindakan lanjut’.
Sebaliknya, Jayanthi pula mendakwa bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa untuk membantu SPRM dalam menyiasat tersebut.
Katanya, selepas kenyataan bertulis Nazri itu pada 23 Oktober lalu, beliau terus menghubungi SPRM, bertanyakan siapakan saksi utama yang sedang dicari itu.
“Mereka tidak dapat menjawab soalan saya,” katanya kepada pemberita di Parlimen.
MalaysiaKini/-
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal
Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron hari ini menafikan laporan bahawa dia telah meletak jawatan ekoran tekanan daripada parti itu.

Antara lain, didakwa bahawa tekanan itu berhubung tindakannya merakam ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang sedang disiasat oleh lembaga disiplin PAS.
Menurut Ahmad Sayuti, beliau tidak menerima sebarang tekanan atau pertanyaan mengenai rakaman tersebut.
Katanya, beliau tidak melepaskan jawatan ketua dewan Pemuda, tetapi melepaskan semua jawatan lain di peringkat negeri kerana isterinya melanjutkan pelajaran ke Australia.
Beliau berkata, timbalannya akan memangku jawatan tersebut bagi pihaknya.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan melepaskan jawatan ketua dewan Pemuda sekiranya berada di seberang lain lebih daripada dua tahun.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal
KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM BERHUBUNG PERLETAKAN JAWATAN – 10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H
1. Saya merujuk kepada dua laporan media semalam;
1.1. TheStar: Youth Chief Ahmad Sayuti Quits Posts In PAS
1.2. AgendaDaily: Ketua Pemuda PAS Shah Alam Letak Jawatan
2. Pertamanya ingin saya tegaskan pihak Barisan Nasional sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua tindakan demi merosakkan kestabilan Pakatan Rakyat (PR), khususnya di Selangor. Perkara ini amat dirasai dengan kesungguhan UMNO khususnya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya di Parlimen Shah Alam yang menjadi ibu negeri Selangor.
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 11 November, 2009 by khairulrijal

Banyak hal lain daa patut kena bincang di Parlimen.. Isu ‘potong’ pun nak dibesar-besarkan..relaks da..
Filed under: Kemasyarakatan | Leave a Comment »
Posted on 9 November, 2009 by khairulrijal
Saya menyoroti satu persatu isu ini bagi mencari kesahihannya. Berbagai sumber cuba diperoleh dan sesetengah ulama’ juga telah membuat pandangan di samping mendapatkan sendiri kenyataan Exco Pas Pusat Ustaz Abu Bakar Chik. Berikut adalah kesimpulan yang boleh dibuat :
1. Isu bermula dengan 9 blogger di Selangor yang mengambil kenyataan sedemikian yang kemudiannya mendapat liputan UTUSAN Malaysia setelah mendapatkan kenyataan dari seorang pimpinan di Selangor.
2. Isu berkenaan kemudiannya mendapat liputan meluas akhbar Utusan (klik di sini) khususnya semasa Persidangan Memperkasakan Parti.
3. YB Zulkifli Nordin antara yang terawal memberi respon dan telah mengeluarkan kenyataan keras berkaitan isu ini. (klik di sini)
4. Dewan Muslimat mengeluarkan kenyataan selepas mendapat desakan dari pihak media dan sebahagian bloggers. Lihat kenyataan dewan Muslimat sini.
5. Blogger Ust. Zaharuddin A. Rahman (UZAR) membuat rumusan awal dengan memberikan konklusi tidak bersetuju dengan lafaz takliq talaq berkenaan (klik di sini). Laman Dr. Asri sehingga ketika tulisan ini ditulis, masih tidak memberi respon. Seterusnya…
Filed under: Artikel Pilihan, Isu Islam, Isu Politik | 1 Comment »
Posted on 9 November, 2009 by khairulrijal
(Sumber / Tulisan : Ust. Misbahul Munir)
Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.
Ust Abu Bakar Chik sedang membentang kertas kerja semasa pembentangan Gerak kerja Pemuda Negeri Johor baru-baru ini.
Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka. Seterusnya…
Filed under: Isu Politik | Leave a Comment »
Posted on 9 November, 2009 by khairulrijal

Rayuan khas dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading kepada anda semua..
Program Hari Anugerah Pelajar PASTI Kawasan Sri Gading akan berlangsung pada 15 November 2009 ini telah menghadapi kesuntukan dana berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sasaran kutipan ialah RM 3,000.00. DPPKSG merayu para penderma budiman untuk membantu menjayakan program anak-anak ini dengan menyalurkan bantuan kepada akaun berikut :
No akaun : 01060000984717
Bank Muamalat (M) Berhad
Pastikan nama akaun tertera ialah PASTI KAWASAN SRI GADING ketika transaksi berkenaan.

Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »
Posted on 9 November, 2009 by khairulrijal
PERHATIAN!
WEb Pemuda Pas Kawasan Sri Gading telah dilancar!
Layari dppsg.blogspot.com (KLIK di sini) untuk maklumat terkini Pemuda PAS Sri Gading, Johor.
Sila bookmark di webpage anda.
Filed under: Isu Politik | Leave a Comment »
Posted on 8 November, 2009 by khairulrijal
| Selamat datang kepada semua. Jumpa di sana.

|
Filed under: Artikel Pilihan | Leave a Comment »