Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Archive for July, 2011

‘Lady of Liberty’ at Bersih 2.0 : Making waves on the Internet !

Posted by Emg Trading & Services on 11 July, 2011

‘Lady of Liberty’ at Bersih march draws online support By Clara ChooiJuly 11, 2011

A screenshot of “Malaysian Lady of Liberty” as of 9.45am July 11 2011.

KUALA LUMPUR, July 11 — Quiet has settled over Saturday’s chaos but one image is still making waves on the Internet — the picture of an elderly woman in yellow, drenched in rain and chemical-laced water, walking away from riot police while clutching on to a long-stemmed flower and a near-empty mineral water bottle. She is Annie Ooi, a 65-year-old retired English teacher who took a bus from Setapak in the early morning of July 9 to join thousands of others in Bersih 2.0’s march for free and fair elections. An unknown man had offered her the flower in the morning and she waved it like a flag throughout the four-hour march. Netizens have dubbed her “Aunty Bersih”, and even Malaysia’s “Lady of Liberty”, for placing her health and safety at risk to join a march the government had declared illegal. Pictures of the diminutive Ooi strolling in the war zone that Kuala Lumpur had turned into are all over the Internet, inviting messages of awe and wonderment from netizens across the country. On Facebook, at least three fan pages were set up in dedication to Ooi immediately after the event. One page called “Malaysian Lady of Liberty” attracted 17,176 “likes” as of 9am this morning. Ooi was one of the few who dared to turn up in yellow to mark the occasion, despite earlier warnings that those with clothes indicating support for the outlawed Bersih 2.0 coalition would be arrested. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Isu stadium banyak berdalih : UMNO khianati Sultan, UMNO ingkari Yang di-Pertuan Agong?

Posted by Emg Trading & Services on 7 July, 2011

ULASAN – “Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”

Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

azlanDalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Tak dapat BERSIH, KOTOR pun bolehlah..

Posted by Emg Trading & Services on 7 July, 2011

“Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR.”

NONE
Ini adalah reaksi ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye pagi ini apabila beliau mengunjung sebuah pasar di Gunung Rapat Ipoh, tempat dia ditahan polis minggu lalu kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Bersama ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai – yang juga ditangkap minggu lalu atas sebab yang sama – Lee dan anggota PKR Perak memakai baju yang tertera perkataan ‘KOTOR’ kali ini.

Pada kemeja itu, perkataan ‘BN’ dan ’53 tahun menggantikan perkataan ‘bersihkan pilihan raya’.

Menurut Lee ketika dihubungi, anggota polis yang menahan mereka minggu lalu juga tergelak melihat telatah mereka dan diberi peringatan ia mungkin mencetuskan kemarahan kumpulan bertentangan yang lain seperti PERKASA dan Pemuda Umno. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

BERSIH 2.0 : Timpahkan stadium merdeka x 10 ganda dari kapasitinya

Posted by Emg Trading & Services on 6 July, 2011

Bersih 2.0: Tiada makna jika stadium tidak melimpah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya iaitu kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.“Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.

“Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.

“Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya,” terang beliau.

Tuan Ibrahim juga berkata rakyat usahakan 40% yang selebihnya untuk memastikan agenda Bersih 2.0 berjaya bagi meyakinkan diri sendiri serta orang-orang sekitarnya yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.

“Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.

“Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya,” seru beliau.

Beliau juga mengucapkan syabas atas kegigihan yang ditunjukkan para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh “mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang” sehinggalah mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Petikan Menarik oleh Arjuna : Iktibar kepemimpinan untuk Najib

Posted by Emg Trading & Services on 5 July, 2011

Iktibar kepemimpinan untuk Najib

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Kementerian Dalam Negeri hina Agong

Posted by Emg Trading & Services on 1 July, 2011

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara untuk mempromosikan perarakan haram.Lagi kat situ.

Dr Lee Boon Chye ditangkap sebab memakai t-shirt warna kuning yang tiada kaitan langsung dengan mempromosikan Bersih semalam. Lihatlah baju yang dipakainya Klik sini. DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Dipertuan Agong yang berpakaian serba kuning itu pun dikira mempromosikan Bersih 2.o ke? Tindakan berlebih-lebihan pada warna kuning seolah-olah mempertikai warna diraja Sultan Mizan Zainal Abidin. Ampun Tuanku….

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »