Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Ucapan Tahniah kepada Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Batu Pahat, Yang Berbahagia ACP Din Bin Ahmad

Posted by Emg Trading & Services on 19 May, 2011

Assalamualaikum dan tahniah Yang dihormati ACP Din Bin Ahmad

Saya bagi pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading mengucapkan tahniah dan syabas atas perlantikan tuan selaku Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat baru-baru ini.

Pemilihan tuan selaku Ketua IPD Batu Pahat sebagai satu anugerah dalam kerjaya tuan, diiringi satu ujian besar daripada Allah yang akan menghitungkannya pada hari kiamat kelak.

Sebagai rakyat yang bernaung dibawah institusi demokrasi negera ini, kewujudan Pas sebagai salah satu parti politik di Malaysia diiktiraf oleh perlembagaan dan undang-undang negara, berperanan menelusuri pemikiran rakyat dan suara hati rakyat Malaysia, di samping memberikan suasana sihat dan positif dalam instutusi bernegara.

Tuan, seperti yang kita bersama sedia maklum bahawa asas sosial (basic social values) yang rakyat perlukan adalah security (keselamatan), freedom (kebebasan), order (peraturan), justice (keadilan) dan welfare (kebajikan). Dalam konteks Batu Pahat, 419800 orang individu masyarakat di Batu Pahat kini terpikul penuh di atas bahu tuan dan seluruh anggota pasukan tuan.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading, dengan penuh hormat, rasa rendah diri dan rasa takzim, sedia berganding bahu dan sedia membantu pihak Polis, sekiranya diperlukan di masa yang akan datang. Pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri gading juga amat mengalu-alukan sebarang perbincangan, buah fikiran dan pertemuan khusus di antara kedua belah pihak, khususnya untuk menangani sebarang isu berbangkit yang memerlukan bantuan dan khidmat awam dari kami.

Firman Allah: (maksudnya) :

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)” (Surah Ibrahim 42-43).

Selamat menjalankan tugas dan salam kemesraan dari saya:

Mahadir Mat Zili
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading
(H) 019 – 211 0107

Turut menjunjung salam muhibbah dan perkenalan :

Saudara Khairul Lizam Manap
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading
(H) 019 – 779 1800

Dan Saudara Khairul Rijal Bin Arshad
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading
(H) 016 – 663 1971

Leave a comment