Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Archive for October, 2010

‘Islamic Fashion Show’ : Bagaimana agaknya jika Nabi SAW bersama dengan kita?

Posted by Emg Trading & Services on 24 October, 2010

‘Islamic Fashion Show’ telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah ‘clear cut’ bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama ‘Islamic’. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.

Namun, Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Perjuangan atas slogan “aku Melayu…Melayu, anda orang Cina… maka Cina lah!”

Posted by Emg Trading & Services on 24 October, 2010

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini

Saifuddin, Johor.

Jawaban : Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini; Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Macam-macam : Ucapan dasar presiden UMNO jadi bahan lawak media dan blogger..

Posted by Emg Trading & Services on 23 October, 2010

Perkataan  ‘mendaya’  yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi  ‘mendaya’  adalah ialah “menjalankan tipu daya (muslihat), menipu”.

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah  ‘mendaya’  yang tepat.

“Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan,” dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Penulis cuba merujuk web Dewan Bahasa Dan Pustaka, apabila di masukkan perkataan “daya”, ia terkategori dibawah

perkataan “memperdaya”. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

E-Book Tahlil and Doa

Posted by Emg Trading & Services on 22 October, 2010

File ebook ini kebanyakan dalam bentuk PDF. Anda memerlukan PDF Reader untuk membacanya. Segala Hak cipta adalah milik pembuat ebook. Webmaster hanya mengumpulkan dan menyebarkannya kembali, moga bermanfaat :

1. Bacaaan tahlil2.pdf atau (Server Mirror)

2. dalil-dalil bacaan tahlil.pdf atau (Server Mirror)

3. Bacaan Tahlil.pdf atau (Server Mirror)

4. Doa Akhir Tahun.pdf atau (Server Mirror)

5. Definisi Do’a.pdf atau (Server Mirror)

6. Do’a Al Ma’tsurat.pdf atau (Server Mirror)

7. Doa dan Adab membaca Quran.pdf atau (Server Mirror)

8. Doa Awal Tahun.pdf atau (Server Mirror)

9. Do’a Dalam Al-Hadits – 1.pdf atau (Server Mirror) Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

(Mesti baca) Cerita yang menarik

Posted by Emg Trading & Services on 17 October, 2010

Seorang wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Sang guru berkata, “Saya punya permainan… Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah “Pemadam!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti- gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

“Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Islamic Radio Channel Online (Siaran Radio Islam Sedunia)

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Dalam menggumpulkan link -link radio di bawah, diri terasa kerdil. Maha Suci Allah, alangkah luasnya Islam..alangkah luasnya rahmahMu. Semoga memberi manfaat.

Dimulakan dengan radia Tarbiyah- Indonesia. Klik mana-mana media player berikut (kelancaran bergantung kepada kelajuan broadband masing-masing). Diikuti dengan barisan radio Islam seluruh dunia yang terkumpul dibawah radiotime.com.
WinAMP *
Windows Media Player
Real Player

Klik sahaja pada link, apabila keluar web radiotime.com menjelma. Klik “listen”, selamat mendengar..(secara peribadi, saya telah mencuba dan jatuh cinta dengan link Islam2Day Radio Islam from Sydney, NSW, Australia).. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Lagi Angkara Facebook : Sihir berdasarkan gambar Facebook!

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.

Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”.

 Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit.. Seterusnya.. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 2 Comments »

Isu Cuti Bersalin Penjawat Awam : Disertakan Pekeliling Lengkap Cuti sedia ada

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Lagi isu cuti… rentetan daripada isu bersalin yang sedang hangat dibincangkan. Di bawah ini disertakan senarai lengkap pekeliling berkaitan cuti untuk penjawat awam di negara ini.

PEKELILING LENGKAP PERIHAL CUTI KAKITANGAN KERAJAAN, KERAJAAN MALAYSIA

PERINTAH AM – BAB C (CUTI)

•      LATARBELAKANG

–   DIKELUARKAN DI BAWAH KUASA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MENGIKUT FASAL (2) PERKARA 132 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

–   BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 1974

–   BEBERAPA KANDUNGAN PERINTAH AM INI TELAH DIPINDA MELALUI PEKELILING YANG DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN DARI MASA KE SEMASA

TAFSIRAN


CUTI

Sebarang tempoh seorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Analisis Cuti Bersalin 90 Hari sempena BUJET 2011 : Kerajaan akur TAPI tidak ikhlas!

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Mendapat cahaya mata atau ‘orang baru’ adalah anugerah yang ditunggu oleh si isteri mahupun si suami. Betapa girangnya hati apabila mendengar khabar ini apatah lagi bagi mereka yang  baru pertama kali  dikurniakannya setelah lama menunggu ‘penyeri’ dalam melayari bantera rumahtangga. Cuti bersalin sebenarnya bukan isu kecil. Ia anugerah pemerintah, malah lebih baik digelar ‘hadiah’ istimewa bagi menyanjungi golongan ibu yang menanggung kesusahan dan kepayahan yang bukan sedikit.

Kelahiran si-dia juga akan menyibukkan si ayah menguruskannya, menghantar ibu ke rumah bidan untuk rawatan susulan, mendaftarkan nama anak, melayan sabahat-handai yang datang mengucapkan tahniah.. dan ada sesetengahnya berulang-alik beribu batu ke kampung halaman untuk menguruskan pelbagai perkara yang datang menjelma. Itu tidak termasuk menguruskan anak yang ditahan wad kerana ‘kuning’, ibu yang mempunyai masalah semasa kelahiran dan sebagainya.

Baru-baru ini  dalam bujet 2011,  kerajaan mengumumkan ‘hadiah’ istimewa ini.

Namun.. PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan pelbagai reaksi.

Dulu kita bermegah dengan polisi 70 juta rakyat Malaysia pada awal-an di bawah saranan bernas Tun Mahathir pada September 1982. Ia kemudiannya menjadi DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA yang menjadikan ia antara Dasar Awam paling konstuktif, tanpa pindaan sejak sekian lama, malah semua pihak tidak kira oleh pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang menerimanya sebagai sebuah dasar yang baik, sejajar dengan keperluan tenaga negara di samping selaras dengan tuntutan agama. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Isteri PM durhakai Permaisuri Agong?

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Kecoh.. Prof Dr Abdul Aziz Bari, penyarah politik terkenal dari UIA mempersoalkan tugas  Bahagian Protokol di bawah JPM yang sepatutnya, pada pandangan beliau menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran ‘First Lady’.

“Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

“Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong,” tegas Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Aziz Bari turut berkata Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Gambar Proton Inspira Baru : Waja “Replacement” model “ala” Mitsubishi Lancer, 100% komponen jepun?

Posted by Emg Trading & Services on 15 October, 2010

Bagi peminat kenderaan tempatan, semalam “kecoh” apabila iklan Proton menyatakan akan mengeluarkan model menggantikan Proton Waja yang telah mencecah usia 10 tahun pada Ogos baru-baru ini. Di luar negara ia juga dikenali sebagai Proton Impian.

Kata mereka, pembeli tempahan awal akan mendapat komponen 100% Jepun! Hari ini, melalui blog kenderaan terkenal paultan.org dimaklumkan bahawa 74% adalah kompenan import manakala selebihnya adalah komponan tempatan. Baca seterusnya untuk melihat gambar dan analisis penulis.. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Dunia oh.. dunia : Anak ‘kebas’ KWSP emak

Posted by Emg Trading & Services on 13 October, 2010

Berita Pilihan dari Harian Metro.

Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.

Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini.

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini.  Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Nahas Ngeri 10.10.2010 : Illustrasi kedudukan Bas Ekspress Delima semasa kemalangan

Posted by Emg Trading & Services on 12 October, 2010

Berikut adalah ilustrasi kedudukan Bas Delima semasa kejadian 10 Oktober 2010. Semoga ia memberi gambaran bagaimana kejadian ngeri ini boleh berlaku.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Nahas Ngeri 10.10.2010 : Gambar kemalangan bas ekspress Delima sebelum dibersihkan

Posted by Emg Trading & Services on 12 October, 2010

Salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa nahas di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau Ahad lepas, 10-10-2010.

Tragedi yang mengerikan ini melibatkan bas ekspress Delima, bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), sebuah van dan tiga kereta.

( Kanan ) Kelihatan kereta Honda City yang hancur. Turut kelihatan mayat salah seorang mangsa kemalangan yang belum diselamatkan.

Jika dilihat dari ulasan akhbar hari ini, beberapa saksi mempersoalkan kelewatan ambulan sampai ketempat kejadian.

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

(Wajib baca) Wanita : Peringatan khas dari suami Teragung – Rasulullah SAW

Posted by Emg Trading & Services on 12 October, 2010

Dari Jabir bin’ Abdullah r.a., katanya: “Aku hadir solat ‘Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari ‘Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita.

Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. Sabda beliau, “Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka.” Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya;

“Kenapa begitu, ya, Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami.”

Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal. 

Rujukan: Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0835. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

ISU JUDI : Soalan yang baik, jawapan pun menarik!

Posted by Emg Trading & Services on 5 October, 2010

Soalan: Dr MAZA, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya.

Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak?

Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan : Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

(Kisah benar) Tersedar dari koma : Hasil doa anak yatim!

Posted by Emg Trading & Services on 4 October, 2010

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya.

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 2 Comments »

(MESTI BACA & SEBAR) Isu wang judi : “Penjelasan” bagi yang kabur!

Posted by Emg Trading & Services on 4 October, 2010

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya.

Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »