Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Archive for January, 2010

‘BERBAHAGIALAH DIRIMU KEMBALI KE SISI KEKASIHMU’ – Ustaz Abd. Sri kembali ke rahmatuLlah

Posted by Emg Trading & Services on 30 January, 2010

Artikel ini diambil semula dari iptaf.net sebagai mengingati pemergiaannya pada 25 Januari 2010 yang lepas. Beliau adalah antara rakan pimpinan di UITM amat merendah diri lagi disegani. Terima kasih khusus buat sheikh Irsyad yang mengusahakan artikel ini, semoga Allah membalas khidmat baikmu ini.

[foto seperti yang dijanjikan..]

Hamba ini musafir hina
Tiada kekuatan cintaku ya Allah
cintaMu tabir pembuka redhaMu
cintaMu… sujudku…

Begitulah sebahagian bait syair Allahyarham Ustaz Abd. Sri Koboi, bagaikan mengetahui bahawa saat diri akan dipanggil pulang ke hadrat Illahi sudah amat hampir. Dan kerinduan yang teramat sangat kepada Allah akhirnya menemui kesudahannya.

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 5 Comments »

Pemuda PAS Johor kecam tindakan blogger hina Sultan

Posted by Emg Trading & Services on 25 January, 2010

Kenyataan Media :- MENGECAM TINDAKAN BLOGGER YANG MENGHINA ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI AL-MARHUM SULTAN ISMAIL

KENYATAAN MEDIA
(25 Januari 2010 , 9 Safar 1431)
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(04/10)

TAJUK

MENGECAM TINDAKAN BLOGGER YANG MENGHINA ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI AL-MARHUM SULTAN ISMAIL

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengecam tindakan seorang blogger yang telah menggunakan media maya untuk membuat penulisan bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la” yang telah disiarkan di dalam blog http://adukataruna.blogspot.com/ yang cukup menghiris hati Kerabat Di Raja Johor dan rakyat Johor secara keseluruhannya. Walaupun ‘posting’ tersebut telah dibuang daripada laman blog tersebut dan disusuli dengan permohonan maaf blogger yang menggelarkan dirinya Aduna Teruna namun penulisannya cukup biadab tanpa tatasusila dan adab.
Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

(wajib baca) Penjelasan tentang Isu Bazar Tok Guru yang dicanang Kickdefella

Posted by Emg Trading & Services on 25 January, 2010

Catatan yang wajar dikongsi bersama oleh ibni-baittutah tentang isu Bazar Tok Guru yang dicanang oleh Kickdefella. Catatan oleh YB Husam Musa.

Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.


Kedudukan Bazar Tok Guru dari udara

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | 7 Comments »

Khalid Samad : “Saya bukan dipanggil kerana isu kalimah”

Posted by Emg Trading & Services on 23 January, 2010

Khairulrijal.com

Parit Raja, 22 Januari – YB Khalid Samad yang dikaitkan dengan isu kontroversi kalimah Allah baru-baru ini menafikan beliau dititahkan mengadap  Sultan Selangor kerana isu kalimah Allah. Sebaliknya, Khalid menyembah duli meminta perkenan baginda Sultan bagi membincangkan isu pembangunan parlimen Shah Alam. Ia bagi mendapatkan maklumbalas lanjut berkaitan kesinambungan pembangunan bandaraya itu yang pernah digariskan ‘blueprint’nya oleh almarhum Sultan Selangor sebelumnya Tuanku Salehuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Hisamuddin Alam Shah.

Beliau yang ditemui di sini semasa menyampaikan ceramah di Pasti Al-Farabi, Parit Raja, Johor mendakwa isu pertemuan beliau telah disalahertikan oleh media arus perdana sedangkan pertemuan ini telah dirancang 2 bulan sebelum isu kalimah ini wujud.

Beliau turut mendakwa baginda Sultan amat berbesar hati mendengar dan menerima pandangan beliau berkaitan isu kalimah Allah yang dibincangkan di akhir pertemuan itu. Beliau menyatakan pendirian bahawa perlunya penelitian semula dibuat atas enakmen Hal Ehwal Agama Islam Selangor 1988 yang menyatakan haram bagi orang bukan Islam menggunakan 25 jenis perkataan termasuk kalimah Allah.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang menggunakan isu kalimah Allah untuk tujuan politik tanpa melihat dari perspektif syara’ yang mengharuskan penggunaan kalimah itu kepada non-Muslim.  Turut hadir ceramah kali ini ialah YB Chai Tong Chai (Adun Chuah, Negeri Sembilan) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenegrusikan oleh Saudara Khairulrijal Arshad (Exco Pemuda Kawasan Sri Gading).

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

khairulrijal.wordpress.com berkabung menjunjung kasih kemangkatan DYMM Sultan Iskandar

Posted by Emg Trading & Services on 23 January, 2010

Blog ini menjunjung kasih kemangkatan DYMM Sultan Iskandar malam ini tadi di Hospital Johor Spacialist jam 7.15 malam. khairulrijal.wordpress.com berkabung dengan tulisan berwarna hitam tanda kasih dan taat setia dengan kemangkatan DYMM Sultan.

Setinggi taat setia hamba kepada tuhannya, marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-fatihah kepada al-marhum. Al-Fatihah..

Khairulrijal.wordpress dan rakyat Johor menjunjung kasih atas pertabalan dan pemasyhuran Sultan Johor yang baru di Istana Besar Johor kira-kira pukul 2 petang esok..

Bagi pihak Pemuda Pas Kawasan Sri Gading mengucapkan

“Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku”

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Ustaz Harun Taib kritikal

Posted by Emg Trading & Services on 15 January, 2010

 

DOAKAN KESIHATAN USTAZ HARUN TAIB Dimaklumkan kepada semua pembaca, agar berdoa untuk memohon kesihatan Ustaz Harun Taib, ketua dewan ulama PAS Pusat, kerana beliau sedang sakit dihospital besar Terengganu. dimaklumkan juga bahawa 30 % saluran darah ke otak beliau sempit. Tangan kiri beliau, didapati sudah terlalu lema…h. sama-samalah kita doakan kesihatan Ustaz Harun Taib.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

(Wajib baca) Isu kalimah Allah : Pengalaman seorang penghantar email semasa di Indonesia

Posted by Emg Trading & Services on 15 January, 2010

(Pengalaman seorang rakan email wajib untuk dibaca)

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini..

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..


Antara gereja yang terdapat di sana

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..

Risau gak klu jadi camni kat M’sia.

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “rumah allah”…mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular .. Lu Fikir lah Sendiri….

Posted in Artikel Pilihan | 3 Comments »

KONVENSYEN BLOGGER JOHOR DAN PRU KE-13 DEWAN PEMUDA PAS JOHOR

Posted by Emg Trading & Services on 15 January, 2010

Anda berminat? Sertai konvensyen ini, terbuka kepada semua ahli PAS dan Pakatan Rakyat! Tempat adalah terhad!!

  • Tarikh : 31 Januari 2010 (Ahad)
  • Jam 8.30 pagi*Tempat: Wisma Hidayah, Batu Pahat
  • Yuran : RM 10*Pembentang Kertas : Jabatan IT Pas Pusat
  • Keperluan yang perlu dibawa : Notebook, laptop, Iphone, Blacberry serta gajet2 yang berkaitan.
  • Kemudahan Wifi insya Allah akan disediakan.
  • Konvensyen pada kali ini berteraskan “Konsep Digital, Online & Tanpa Kertas”
  • Guna semua aplikasi facebook dll untuk promote Konvensyen ini.

Penyelaras : Ustaz Zulhilmei Mohamad Rohani; Pengerusi Lajnah IT DPPN Johor

(sila hubungi beliau di kedaionlineanda@yahoo.com.my atau di akaun facebook atau tinggalkan comment ada disini untuk dihubungi)

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Dah kunjungi Facebook?!

Posted by Emg Trading & Services on 14 January, 2010

Khairulrijal Arshad

Khairulrijal Arshad kini mempunyai: 4485 rakan

Jemputan ke Facebook

Salam semua,

Saya telah menyertai facebook yang mengandungi paparan pandangan, gambar dan rakan-rakan yang sentiasa berinteraksi membincangkan isu semasa dengan lebih ‘santai’ Sertailah kami! Jika anda telah mempunyai akaun facebook, klik di sini.

Terima kasih..Khairulrijal. Kalau belum menyertai facebook, klik sini

Posted in Artikel Pilihan | 2 Comments »

(GEMPAR) Isu kalimah Allah : Ada bukti parti tertentu guna sebar fitnah

Posted by Emg Trading & Services on 13 January, 2010

Berikut adalah tulisan sebuah blog yang memaparkan fitnah dan tuduhan yang boleh mencetuskan huru-hara serta ketegangan agama. Ia jelas dilihat sebagai fitnah yang berat dan amat merbahaya kepada ketenteraman negara ini.

Turut dipaparkan gambar pimpinan PAS, Khalid Samad sedang mengengam salib kononnya membuktikan PAS sebagai gerakan ‘halus’ memurtadkan orang Islam di Malaysia. Tinjauan penulis juga mendapati kebanyakan arkitel yang dipaparkan bloggers ini sarat dengan tuduhan liar dan ia tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang muslim.

Oleh yang demikian, para para blogger disaran lebih berhati-hati dalam mengulas isu kalimah Allah.

Rujuk artikel dibawah. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Isu kalimah Allah vs The Herald: Tarik ‘hand-brake’ cepat! Isu ini berisiko tinggi!!

Posted by Emg Trading & Services on 10 January, 2010

Islam mengajarkan ummatnya menghormati hak orang lain

1. Sehari dua ini Malaysia amat popular di kalangan pengamal media barat khususnya berkaitan isu “gereja dibakar”. Hampir semua ulasan media barat mengaitkan ianya dengan isu penggunaan kalimah “Allah” vs akhbar,the Herald.

2. Islam tidak pernah mengajarkan ummatnya membakar gereja, rumah ibadat atau kuil. Malah ia menjadi tempat paling selamat semasa peperangan di zaman pemerintahan Islam. Karangan dan pandangan lebih fakeh boleh dibaca dari tulisan Dr. Asri di sini dan pandangan TGNA di sini.

3. Majalah TIME mengulas isu ini dengan mengaitkannya dengan ‘Melayu’ Vs kalimah Allah pada artikelnya yang bertajuk  Churches Fire-Bombed in Malay ‘Allah’ Dispute. Dalam satu lagi artikel terbarunya ia mengaitkannya dengan Muslim bukan bangsa Melayu,Can Christians Say ‘Allah’? In Malaysia, Muslims Say No.

Bangsa Melayu memjadi fitnah pada agamanya sendiri!

4. Wartawan Reuter-Niluksi Koswanage dalam artikelnya  “Fourth church attacked in Malaysia as Allah row deepens” tanpa berselindung mengaitkan isu ini dengan PM Najib khusus untuk meraih sokongan politik orang Melayu. Ia dinafikan oleh Najib (rujuklah mana2 akhbar perdana).

Apa itu akhbar” The Herald”

Akhbar The Herald adalah antara akhbar utama di Sabah dan Sarawak. Ianya akhbar mingguan sehangat Harakah di semenanjung.Kalau tak silap saya, ia akhbar berbahasa Inggeris dengan sisipan tengah berbahasa Melayu. Ia adalah akhbar yang sangat komprehensif dan boleh didapati dalam 4 bahasa utama negara ini, bahasa Melayu, Mandarin, Inggeris dan tamil (versi online).

Pada pandangan penulis, jika benar ada sesetengah pihak cuba menjadi isu ini sebagai senjata politik meraih sokongan orang Melayu, sebenarnya dalam masa yang sama ‘memusuhi’ sebahagian besar penganut “non-muslim” secara tak langsung di Sabah dan Sarawak. Boleh jadi sentimen yang sama terdapat di Semenanjung. Ini strategi yang memakan diri.

Berdasarkan pengalaman lebih-kurang 7 tahun tinggal di Borneo, isu kristianisasi amat meruncing untuk diselesaikan di sana dan ia menjadi ‘duri dalam daging’ dalam mengekalkan kehidupan harmoni masyarakat di sesetengah tempat. Gereja dan masjid ‘sama banyak’! Jika anda berjalan kaki kemudian menyapa ‘salam’, panggilan ‘selamat pagi’ lebih sesuai digunakan berbanding dengan assalamualaikum. Ada masanya anda tidak dapat memastikan samada ia muslim atau non-muslim kerana iras wajah mereka seperti ‘kita’ juga..

Oleh itu, jika isu ini terus dimainkan tanpa berhati-hati, ia bukan sahaja menghilangkan sokongan masyarakat non-muslim Sabah & Sarawak malah boleh mencetuskan polemik etnik dan ketegangan agama!

Bertindaklah sebelum terlambat, tarik ‘hand-brake’ segera sebelum ia merebak memusnahkan segala apa yang kita kecapi selama ini. Mainkan isu lain, bukan isu ANTARA agama khususnya ‘Islam’ dan ‘Kristian’!

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Genius Batu Pahat; kira dalam masa 54 saat!

Posted by Emg Trading & Services on 6 January, 2010

Genius matematik, Teh Jiasheng berkongsi rahsia kepantasan otaknya mengira angka 10 digit kali 10 digit menggunakan teknik arimetik minda sempoa.

Sumber – kosmo
TEH JIASHENG, 17, menarik nafas, memejamkan mata menahan sejenak dan melepaskannya dengan tersekat-sekat. Udara yang disedut masuk ke peparu bagaikan terhalang oleh perasaan gundah gulana yang menyelubungi diri.

Jiasheng menunggu dengan perasaan berdebar-debar tatkala guru tuisyennya, Ang Yin Yin mendapatkan jawapan menggunakan mesin pengira komputer riba 10 digit kali 10 digit sambil diperhatikan seorang pembantu Malaysia Book of Records (MBOR). Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Inteesar’s…Happy Birthday to you! 4/1/2008 – 4/1/2010

Posted by Emg Trading & Services on 5 January, 2010

Salam Kelahiran Dan Keselamatan

Ulangtahun ke-2 Inteesar Binti Khairul Rizal

dari ayah dan ummi

Besarnya (gambar) kek! Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Sesi persekolahan 2010 bakal bermula

Posted by Emg Trading & Services on 2 January, 2010

Isnin ini, bermulanya sesi persekolahan yang baru 2010. Statistik berikut mengambarkan betapa sibuknya rakyat Malaysia memulakan minggu 2010 :

Bilangan Sekolah

Rendah Menengah Jumlah
7,655 2,189 9,844

Bilangan Murid (Enrolmen)

Rendah Menengah Jumlah
3,111,948 2,304,976 5,416,924

Statistik terkini enrolmen bilangan murid sekolah-sekolah Malaysia sesi 2010. Sumber : http://www.moe.gov.my

5,416,924 atau  lebih kurang 5.5 juta orang murid di anggarkan memulakan sesi kali ini. Ia bersamaan dengan 18.99% rakyat Malaysia. Tahun ini, jumlah bancian penduduk dianggarkan mencecah 28,96 juta orang. (klik di sini).

Bagi pihak Pemuda Pas Sri Gading, kami mengucapkan selamat bertugas kepada semua guru-guru Malaysia.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »