Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kuliah Mingguan Isnin dan Khamis Di Taman Siswa Jaya 2, Parit Raja

Posted by Emg Trading & Services on 1 January, 2011

Bertempat di No. 24, Taman Siswa Jaya 2, Parit Raja, Batu Pahat

Setiap Minggu (bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam):

  • Isnin (Kuliah Tafsir Ibnu Kashir- TERBUKA)

  • Khamis (Kelas Al-quran Dewasa-Lelaki)

  • Oleh Ustaz Mohd Rosdi Mat Zain

Semua di jemput hadir!

Terbuka kepada seisi keluarga. Sebar-luaskan!!

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Dah kunjungi Facebook?!

Posted by Emg Trading & Services on 14 January, 2010

Khairulrijal Arshad

Khairulrijal Arshad kini mempunyai: 4485 rakan

Jemputan ke Facebook

Salam semua,

Saya telah menyertai facebook yang mengandungi paparan pandangan, gambar dan rakan-rakan yang sentiasa berinteraksi membincangkan isu semasa dengan lebih ‘santai’ Sertailah kami! Jika anda telah mempunyai akaun facebook, klik di sini.

Terima kasih..Khairulrijal. Kalau belum menyertai facebook, klik sini

Posted in Artikel Pilihan | 2 Comments »

MURSHID SEPAKAT!!! Berdosa jika pilihanraya dilaksanakan sewaktu musim Haji

Posted by Emg Trading & Services on 28 June, 2012

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. 

Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. 

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Kes 3 pelajar UTHM :UTHM siasat insiden tutup lampu kolej kediaman

Posted by Emg Trading & Services on 8 April, 2012

Pentadbiran Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyiasat kejadian bekalan elektrik di dua kolej kediaman telah diputuskan pada malam berlangsungnya ceramah anjuran universiti itu pada 18 Mac lalu sempena Hari Belia Antarabangsa Unesco.

“Kita akan menyiasat siapa yang menutupnya,” kata Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

‘Lady of Liberty’ at Bersih 2.0 : Making waves on the Internet !

Posted by Emg Trading & Services on 11 July, 2011

‘Lady of Liberty’ at Bersih march draws online support By Clara ChooiJuly 11, 2011

A screenshot of “Malaysian Lady of Liberty” as of 9.45am July 11 2011.

KUALA LUMPUR, July 11 — Quiet has settled over Saturday’s chaos but one image is still making waves on the Internet — the picture of an elderly woman in yellow, drenched in rain and chemical-laced water, walking away from riot police while clutching on to a long-stemmed flower and a near-empty mineral water bottle. She is Annie Ooi, a 65-year-old retired English teacher who took a bus from Setapak in the early morning of July 9 to join thousands of others in Bersih 2.0’s march for free and fair elections. An unknown man had offered her the flower in the morning and she waved it like a flag throughout the four-hour march. Netizens have dubbed her “Aunty Bersih”, and even Malaysia’s “Lady of Liberty”, for placing her health and safety at risk to join a march the government had declared illegal. Pictures of the diminutive Ooi strolling in the war zone that Kuala Lumpur had turned into are all over the Internet, inviting messages of awe and wonderment from netizens across the country. On Facebook, at least three fan pages were set up in dedication to Ooi immediately after the event. One page called “Malaysian Lady of Liberty” attracted 17,176 “likes” as of 9am this morning. Ooi was one of the few who dared to turn up in yellow to mark the occasion, despite earlier warnings that those with clothes indicating support for the outlawed Bersih 2.0 coalition would be arrested. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Isu stadium banyak berdalih : UMNO khianati Sultan, UMNO ingkari Yang di-Pertuan Agong?

Posted by Emg Trading & Services on 7 July, 2011

ULASAN – “Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”

Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

azlanDalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Tak dapat BERSIH, KOTOR pun bolehlah..

Posted by Emg Trading & Services on 7 July, 2011

“Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR.”

NONE
Ini adalah reaksi ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye pagi ini apabila beliau mengunjung sebuah pasar di Gunung Rapat Ipoh, tempat dia ditahan polis minggu lalu kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Bersama ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai – yang juga ditangkap minggu lalu atas sebab yang sama – Lee dan anggota PKR Perak memakai baju yang tertera perkataan ‘KOTOR’ kali ini.

Pada kemeja itu, perkataan ‘BN’ dan ’53 tahun menggantikan perkataan ‘bersihkan pilihan raya’.

Menurut Lee ketika dihubungi, anggota polis yang menahan mereka minggu lalu juga tergelak melihat telatah mereka dan diberi peringatan ia mungkin mencetuskan kemarahan kumpulan bertentangan yang lain seperti PERKASA dan Pemuda Umno. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

BERSIH 2.0 : Timpahkan stadium merdeka x 10 ganda dari kapasitinya

Posted by Emg Trading & Services on 6 July, 2011

Bersih 2.0: Tiada makna jika stadium tidak melimpah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya iaitu kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.“Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.

“Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.

“Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya,” terang beliau.

Tuan Ibrahim juga berkata rakyat usahakan 40% yang selebihnya untuk memastikan agenda Bersih 2.0 berjaya bagi meyakinkan diri sendiri serta orang-orang sekitarnya yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.

“Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.

“Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya,” seru beliau.

Beliau juga mengucapkan syabas atas kegigihan yang ditunjukkan para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh “mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang” sehinggalah mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Petikan Menarik oleh Arjuna : Iktibar kepemimpinan untuk Najib

Posted by Emg Trading & Services on 5 July, 2011

Iktibar kepemimpinan untuk Najib

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Kementerian Dalam Negeri hina Agong

Posted by Emg Trading & Services on 1 July, 2011

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara untuk mempromosikan perarakan haram.Lagi kat situ.

Dr Lee Boon Chye ditangkap sebab memakai t-shirt warna kuning yang tiada kaitan langsung dengan mempromosikan Bersih semalam. Lihatlah baju yang dipakainya Klik sini. DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Dipertuan Agong yang berpakaian serba kuning itu pun dikira mempromosikan Bersih 2.o ke? Tindakan berlebih-lebihan pada warna kuning seolah-olah mempertikai warna diraja Sultan Mizan Zainal Abidin. Ampun Tuanku….

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Panduan Bagi Peserta Perhimpunan Bersih 2.0

Posted by Emg Trading & Services on 30 June, 2011


 Fakta :

 Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur

(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL). Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :

  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :

Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik :

Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia. Read the rest of this entry »

Posted in Isu Politik | Leave a Comment »

Persiapan ke BERSIH 2.0 : Perlembagaan melindungi kita – Ketahui hak anda di sini

Posted by Emg Trading & Services on 30 June, 2011


1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis
• Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ. Lain-lain Warna :
• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”
2.3 Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab “ya”;
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
• menggari anda. Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Tanjong Pagar tergadai..

Posted by Emg Trading & Services on 29 June, 2011

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Ucapan Tahniah kepada Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Batu Pahat, Yang Berbahagia ACP Din Bin Ahmad

Posted by Emg Trading & Services on 19 May, 2011

Assalamualaikum dan tahniah Yang dihormati ACP Din Bin Ahmad

Saya bagi pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading mengucapkan tahniah dan syabas atas perlantikan tuan selaku Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat baru-baru ini.

Pemilihan tuan selaku Ketua IPD Batu Pahat sebagai satu anugerah dalam kerjaya tuan, diiringi satu ujian besar daripada Allah yang akan menghitungkannya pada hari kiamat kelak.

Sebagai rakyat yang bernaung dibawah institusi demokrasi negera ini, kewujudan Pas sebagai salah satu parti politik di Malaysia diiktiraf oleh perlembagaan dan undang-undang negara, berperanan menelusuri pemikiran rakyat dan suara hati rakyat Malaysia, di samping memberikan suasana sihat dan positif dalam instutusi bernegara.

Tuan, seperti yang kita bersama sedia maklum bahawa asas sosial (basic social values) yang rakyat perlukan adalah security (keselamatan), freedom (kebebasan), order (peraturan), justice (keadilan) dan welfare (kebajikan). Dalam konteks Batu Pahat, 419800 orang individu masyarakat di Batu Pahat kini terpikul penuh di atas bahu tuan dan seluruh anggota pasukan tuan.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading, dengan penuh hormat, rasa rendah diri dan rasa takzim, sedia berganding bahu dan sedia membantu pihak Polis, sekiranya diperlukan di masa yang akan datang. Pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri gading juga amat mengalu-alukan sebarang perbincangan, buah fikiran dan pertemuan khusus di antara kedua belah pihak, khususnya untuk menangani sebarang isu berbangkit yang memerlukan bantuan dan khidmat awam dari kami.

Firman Allah: (maksudnya) :

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)” (Surah Ibrahim 42-43).

Selamat menjalankan tugas dan salam kemesraan dari saya:

Mahadir Mat Zili
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading
(H) 019 – 211 0107

Turut menjunjung salam muhibbah dan perkenalan :

Saudara Khairul Lizam Manap
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading
(H) 019 – 779 1800

Dan Saudara Khairul Rijal Bin Arshad
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading
(H) 016 – 663 1971

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Lagi kematian pelatih PLKN : Akibat kecuaian hospital atau kecuaian PLKN?

Posted by Emg Trading & Services on 17 February, 2011

15 Februari 2011 adalah sejarah hitam bagi keluarga Norihan Mohd Syarif. Anak lelaki sulungnya, Mohd Zulhairi Noraihan, 18, terpaksa dilepaskan dari bantuan “life suport” di ICU Hospital Queen Elizabeth yang menamat riwayatnya.

Saya sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat, menunggu di KLIA untuk menguruskan jenazah.

Birokrasi di Airport

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerenah dan birokrasi di MASkargo di’telan’ begitu sahaja mengenangkan banyak lagi perkara penting perlu diutamakan. Bayangkan jenazah sudah kelihatan di depan mata, sekitar jam 8.30 malam, tapi ia tidak boleh dikeluarkan sehingga memenuhi beberapa prosedur dokumentasi yang menjengkilkan. Di maskargo, kemudian ke bahagian kesihatan dan kemudian di KASTAM. Juga sepatutnya ke balai polis Sepang, semuanya mencengkam urusan masa.

Dalam minda kami, soalan paling ketara, mengapa selepas ‘koma’ baru pihak ayahnya dimaklumkan. Mengapa tidak dimaklumkan semasa lebih awal semasa anaknya dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad di Hospital Papar? Sebagai bapa, adakah anda berasa adil apabila dimaklumkan anak anda telah dimasukkan di hospital 3 hari lalu, telah koma dan sudah tidak ada harapan hidup, malah bergantung penuh kepada ‘life-support’ untuk terus hidup? Anda juga diberi pilihan untuk melepaskan ‘life-support’ kerana anak ini sudah tidak ada harapan? adakah ini adil?

Lewat maklum

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi pihak penulis sendiri, adalah tidak munasabah untuk mana-mana pihak terbabit tidak kira pihak PLKN, pihak hospital Queen Elizabeth mahupun pihak hospital Papar untuk melengahkan makluman kepada ibubapa lebih daripada 24 jam tentang perkembangan anak mereka mereka walaupun sekadar jatuh longkang dan perlu ditahan di wad. Inikan pula ditahan wad disebabkan demam yang berpanjangan.

Senario tentang tragedi kematian pelatih di PLKN bukan baru, kini ia melanda keluarga terdekat memberi kesan langsung kepada kami semua.

Rajin

Anak ini, Zul atau nama sebenarnya Mohd Zulhairi Noraihan adalah pangkat anak buah (sebutan biasa bagi kita orang Melayu), ini kerana ibu Norihan adalah kakak kepada ibu saya, maka saya mendapat gelaran “pak long” mandat diterima sebagai anak sulung dlm keluarga. Kini panggilan ini menjadi kenangan.

Kedudukannya sebagai anak lelaki sulung terserlah apabila ia menunjukkan sifat taat dan ringan tulang. Semasa majlis pernikahan salah seorang sepupu kami di Taman Maju, Jasin, beliau “mengepalai” anak-anak buah yang senior mengerah tulang 4 kerat mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga. Tidak perlu disuruh atau diselia, tahulah dia mengendalikannya.

Akademik yang cemerlang

Pencapaian akademiknya yang cemerlang juga menambahkan parah di hati keluarga, arwah seorang anak yang pintar. UPSR beliau mendapat 5A, PMR = 8A, 1B (Arab), dan kini sedang menunggu keputusan SPM dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (dikenali sebagai SBPIS dan SISME) adalah merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh integrasi (SBPI) dan salah satu daripada (2) dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Melaka.

Sehingga kini, kami tidak mempunyai sumber yang lengkap tentang kronologi kejadian yang menimpa Zulhari. Setelah membelek laman web, penulis mempunyai info baru tentang kejadian ini. Itu pun melalui web freemalaysiatoday.com tulisan Michael Kaung. Selain daripada itu, kisah ini hanya terpapar di akhbar berita harian, 16 Februari 2011.

Selain itu, timbul juga persoalan. Mengapa pelatih PLKN di Selongor perlu dihantar sehingga ke Sabah? tidak bolehkah ia dihantar sekitar Semenajung Malaysia? Ia lebih memudahkan ibubapa dan waris memantau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada para pelatih PLKN.  

Artikel Berita – Tajuk Maut jangkitan kuman.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian (oleh freemalaysiatoday.com)

Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia.

KOTA KINABALU:  Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.

Mohd Zulhairi Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.

“Zuhairi mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.

“Bagaimanapun, demam dia (Zuhairi) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.

Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon.

“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit.

“Pada masa itu, keadaan Zuhairi juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhairi bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut. 

Mengadu sakit

Pada sebelah malam, Zuhairi sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.

“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” tegasnya.

Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhairi telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.

“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.

Zuhairi yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.

Ibu bapa Zuhairi yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.

Bagaimanapun, Zuhairi disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.

“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor.

“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya.

<!–This entry was posted on February 16, 2011 at 5:29 pm and is filed under Bahasa, FrontPage, Nation. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.

–>

 

Posted in Artikel Pilihan | 4 Comments »

‘BERGETAH’ sungguh tangan budak ni” – YB Tn Guru Nik Aziz Nik Mat

Posted by Emg Trading & Services on 3 January, 2011

“Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat… ‘BERGETAH’ sungguh tangan budak ni” – YB Tn Guru Nik Aziz Nik Mat

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Sah Safiq tolak tawaran kelab Indonesia : Akhbar Indonesia

Posted by Emg Trading & Services on 2 January, 2011

Laporan wartawan KOMPAS.com Inggried Dwi Wedhaswary

Kapten Timnas Malaysia Safiq Rahim

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Meski sebelumnya sempat menyatakan keinginannya berkiprah di Indonesia, kapten Tim Nasional Malaysia, Mohammad Safiq Rahim, akhirnya menyatakan menolak tawaran salah satu klub di Indonesia. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Safee sah dilamar kelab Indonesia – PSPS Pekanbaru, manakala Safiq ingin Sriwijaya FC

Posted by Emg Trading & Services on 2 January, 2011

AFP PHOTO / ADEK BERRY

Striker Malaysia Mochamad Safee menerima penghargaan pencetak gol terbanyak selama Piala AFF 2010.

JAKARTA, KOMPAS.com — Ujung tombak kesebelasan Malaysia yang menjadi pencetak gol terbanyak di ajang AFF 2010, Safee Sali, mengaku sangat berminat untuk merumput di Liga Indonesia. Bukan hanya dia, kapten Malaysia, Mohammad Safiq Rahim, pun mempunyai keinginan yang sama. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Ranking FIFA / Asia terkini : Malaysia masih dibawah Indonesia

Posted by Emg Trading & Services on 2 January, 2011

Ranking Malaysia sehingga kini masih berada dibawah beberapa negara Asean dengan kedudukan ke tangga 144 berbanding Indonesia (ke – 127) dan Thailand (ke – 121). Vietnam selaku juara AFF tahun lepas pula pada kedudukan ke – 137. Dari segi ranking kedudukan keselurhan Asia, Malaysia tangga ke – 24, Singapura ke – 122, Vietnam (21), Indonesia (19) dan Thailang (17). Baca seterusnya untuk melihat rajah terkini carta FIFA Asia. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

TAHUN BARU 2011 : Bolehkah mengadakan sambutan tahun baru?

Posted by Emg Trading & Services on 1 January, 2011

Hari ini disambut tahun baru 2011 di negara kita.. malam tadi ia disambut semacam pesta disetiap ceruk rantau pekan, dan bandar. Jadi, mari kita tingkat p kesedaran kita dari sudut pandang Islam tntg perkara ini. Boleh atau tidak? sudahkah kita merujuk kepada ahli agama? Saya telah menjumpai kupasan menarik tentang isu ini oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darus Salam, ia merupakan sebuah khutbah Jumaat, elok kita selusuri artikel berikut, moga kita dapat manfaatnya ;

MERAIKAN TAHUN BARU MASIHI BUKAN BUDAYA ORANG ISLAM
Kategori : jumaat (24-Dec-2010) 

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Kaedah amalan selusuh mengikut syara’

Posted by Emg Trading & Services on 30 December, 2010



Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah).

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Menteri Malaysia rogol amah Indonesia : Siasatan perlu untuk bersihkan nama Malaysia

Posted by Emg Trading & Services on 29 December, 2010

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh (gambar) yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

“Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07,” cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan  menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

HANGAT : Polis sudah mengalpasti penyokong yang pancar laser ke muka penjaga gol Indonesia

Posted by Emg Trading & Services on 28 December, 2010

TERKINI : Polis sudah mengalpasti penyokong yang pancar laser ke muka penjaga gol Indonesia!

 

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Rosak akidah kerana “bola” : Malaysia guna dukun?

Posted by Emg Trading & Services on 28 December, 2010

Sinis : Kalau betul guna dukun atau pawang boleh bawa menang, dah lama Malaysia atau Indonesia menang worldcup! Sotong “paul” pun tak laku.. suda laa.. JANGAN ROSAK AKIDAH KERANA BOLA! Menang kalah adat permainan, kesatuan serantau harus dipelihara. Akhbar tempatan juga seharusnya menghentikan sebarang provokasi yang mengganggu ‘perasaan’ tetangga kita. Peace  🙂

Dari Berita Hairan

Akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun

AKHBAR NonStop dakwa Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh.

Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Safee Sali bakal ‘dilamar’ kelab Indonesia? : Akhbar Indonesia

Posted by Emg Trading & Services on 27 December, 2010

AFP/KAMARUL AKHIR

Striker Malaysia, Mohd Safee Bin Mohd Sali (kiri) berebut bola dengan pemain Vietnam, Le Phouc Tu, pada leg 1 semifinal Piala AFF 2010, Rabu (15/12/10). Safee borong gol Malaysia, yang menang 2-0.

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Striker Malaysia, Safee Sali, berkeinginan memperkuat salah satu klub di Indonesia. “Kemungkinan memperkuat klub di Indonesia tentu ada,” katanya di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010), seusai tim nasional Malaysia mengalahkan Indonesia 3-0.

Dua gol dalam laga final pertama Piala AFF ini dicetak Safee. Dengan demikian, ia menempati daftar pertama sementara pencetak gol terbanyak di turnamen.

Pemain penyerang kelahiran 29 Januari 1984 ini mengaku, ia kini tetap fokus pada turnamen tersebut. “Kami fokus menyelesaikan tugas ini. Target merebut kemenangan,” katanya setelah disinggung apakah dia akan bermain di Liga Indonesia (ISL).

Bagi pemain Selangor FC ini, kemenangan tentu menjadi target selanjutnya di Jakarta. Safee ini memiliki teknik permainan agresif. Partai final kedua akan berlangsung di Jakarta, 29 Desember mendatang.

Sumber : ANT

Posted in Artikel Pilihan | 2 Comments »

Final AFF ke-2 : Indonesia akan belajar!

Posted by Emg Trading & Services on 27 December, 2010

 

KOMPAS/AGUS SUSANTO

Pemain timnas Malaysia, Safiq Bin Rahim, mengangkat kedua tangannya ke arah penonton di samping pemain timnas Indonesia, Arif Suyono, yang berjalan lemah usai pertandingan dalam laga pertama babak final Piala Suzuki AFF 2010 di Stadion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, Minggu (26/12/2010). Indonesia kalah 0-3.

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com – Kekalahan 0-3 (0-0) dari Malaysia menegaskan bahwa Indonesia masih perlu belajar. Paling tidak Indonesia menjadikan kekalahan itu untuk melakukan langkah terobosan signifikan menghadapi pertemuan final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta, 29 Desember.

Pelatih Indonesia Alfred Riedl menilai kekalahan itu lebih disebabkan pemain kehilangan konsentrasi di saat-saat kritis. ”Mengapa mereka kehilangan konsentrasi seperti itu, saya tidak tahu,” ujar Riedl dalam jumpa pers seusai pertandingan yang juga diikuti wartawan Kompas, Agung Setyohadi, di Kuala Lumpur, Malaysia. Read the rest of this entry »

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »