Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu Cuti Bersalin Penjawat Awam : Disertakan Pekeliling Lengkap Cuti sedia ada

Posted by Emg Trading & Services on 16 October, 2010

Lagi isu cuti… rentetan daripada isu bersalin yang sedang hangat dibincangkan. Di bawah ini disertakan senarai lengkap pekeliling berkaitan cuti untuk penjawat awam di negara ini.

PEKELILING LENGKAP PERIHAL CUTI KAKITANGAN KERAJAAN, KERAJAAN MALAYSIA

PERINTAH AM – BAB C (CUTI)

•      LATARBELAKANG

–   DIKELUARKAN DI BAWAH KUASA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MENGIKUT FASAL (2) PERKARA 132 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

–   BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 1974

–   BEBERAPA KANDUNGAN PERINTAH AM INI TELAH DIPINDA MELALUI PEKELILING YANG DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN DARI MASA KE SEMASA

TAFSIRAN


CUTI

Sebarang tempoh seorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja

CUTI REHAT

Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun dari bulan Januari  hingga Disember

CUTI SAKIT  

Cuti bergaji penuh yang diberi atas sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan sijil sakit daripada seorang pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima  dan diberi bagi  sakit atau kecederaan yang ada harapan sembuh

KETUA JABATAN  

Pengarah Pendidikan bagi Jabatan Pendidikan Negeri/Politeknik, Pengetua bagi Maktab dan Ketua Setiausaha Kementerian bagi Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan

KUASA TERTENTU  

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang mana berkenaan

PERKHIDMATAN  MELAYAKKAN  

Perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah  bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta, barah dan cuti belajar.

SANAK SAUDARA

Adik beradik, ibu bapa, ahli keluarga serta saudara mara yang rapat kepada pegawai

SIJIL SAKIT

Sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan (PPK) atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (P.A. Bab F) atau oleh seorang Ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan

 

CUTI ADALAH KEMUDAHAN

Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam.

 

TUJUAN CUTI

ü Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

ü Menyelesaikan masalah peribadi .

 

KATEGORI CUTI

•             Cuti kerana perkhidmatan

•             Cuti atas sebab-sebab kesihatan/ perubatan

•             Cuti menunaikan haji

•             Cuti tanpa rekod

•             Cuti kerana berkursus

•             Cuti sambilan (khas untuk PPP)

CUTI KERANA PERKHIDMATAN

3 jenis cuti yang boleh diberi kerana perkhidmatan melayakkan

ü Cuti rehat (Perintah Am 7 Bab C)

ü Cuti separuh gaji (Perintah Am 13/51 (a) Bab C)

ü Cuti Tanpa Gaji  (Perintah Am 14 Bab C )

 

CUTI REHAT

=  Boleh diambil bila-bila masa dalam tahun berkenaan

= Boleh bercuti apabila Ketua Jabatan telah meluluskan

=  Kadar cuti adalah mengikut perkhidmatan melayakkan

=  Boleh dibawa ke tahun hadapan dan dikumpul untuk

=  Award Gantian Wang Tunai

=  Dibenarkan mengumpulkan baki cuti rehat yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan.  (Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga)

=  Hari  Kelepasan Mingguan dan hari Cuti Am tidak diambil kira dalam tempoh seseorang itu bercuti rehat

KADAR CUTI REHAT

Penetapan kelayakan cuti rehat  mengikut pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002

Kumpulan/Gred Kurang 10 tahun Genap 10 tahun
Pengurusan  Tertinggi 30 hari 35 hari
31 – 54 30 hari 35 hari
21 – 30 25 hari 30 hari
1 – 20 tahun 20 hari 25 hari

Gantian Cuti Rehat

Pemberian hadiah pada tarikh persaraan atau mati dalam perkhidmatan

  • Award Wang Tunai
  • Award perkhidmatan yang berpencen untuk menambah faedah persaraan

CUTI PENGGAL SEKOLAH

Bagi PPP, cuti penggal adalah ganti cuti rehat.  Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memanggil guru berkenaan untuk menjalankan tugas selain daripada tugas mengajar semasa cuti penggal sekolah iaitu bagi tempoh tidak melebihi separuh dari jumlah cuti sekolah dalam satu tahun

CUTI SEPARUH GAJI

•           Peruntukan Perintah Am 13 Bab C (bukan guru) dan Perintah Am 51 Bab C (untuk PPP yang tidak menikmati cuti rehat)

•           Kemudahan cuti ini diberi atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai

•           Kadar cuti adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap setahun perkhidmatan melayakan tetapi tidak melebihi 180 hari

•           Ketua Jabatan boleh meluluskan bagi kadar tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun

•           Lebihan cuti diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

•           Tidak boleh atas sebab bersalin

CUTI TANPA GAJI

•           Peruntukan Perintah Am 14 bab C

–         Cuti tanpa gaji Dalam Negeri PAC 14 ( b )

–         Cuti tanpa gaji Luar Negeri PAC 14 ( c )

•           Tujuan bercuti adalah sebab-sebab persendirian yang mustahak

•           Syarat minimum layak memohon cuti tanpa gaji ini diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja

•            Kadar cuti adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap setahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari

•           Baki cuti boleh diambil selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenarkan

•           Perlu dicatit dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan pegawai

 

PERINTAH AM 14A

 

a)Tiada Gaji Bagi Tempoh Tidak Hadir Bekerja Tanpa Cuti

 

•           Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang menasabah maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.

 

CUTI ATAS SEBAB-SEBAB PERUBATAN

JENIS CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

o           Cuti Sakit

o           Cuti Sakit Lanjutan

o           Cuti Kerantina

o           Cuti Bersalin

o           Cuti Kecederaan

o           Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan Penyakit Lain Yang Setaraf

 

 

CUTI  SAKIT – Perintah Am 17 (a) Bab C

·        Kelulusan oleh Ketua Jabatan yang tidak melebihi  90 hari dalam satu-satu tahun itu.  90 hari yang berikutnya akan  diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian

·        Sekiranya anggota masih lagi sakit, boleh guna cuti rehat yang masih ada. Untuk PPP, diberi cuti bagi tempoh tidak lebih 25 hari di bawah PAC 53 (ii).

·        Sekiranya masih lagi sakit, hendaklah dirujuk ke Lembaga Perubatan – PA 19 Bab F atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995

i.                    Cuti Sakit mesti dihabiskan dirumah atau dihospital

ii.                  Pegawai bercuti sakit 45 hari atau lebih tiap-tiap tahun bagi 3 tahun berturut-turut boleh dikehendaki oleh ketua jabatan diperiksa oleh Lembaga Perubatan

iii.                Sakit semasa cuti rehat dI Malaysia layak cuti sakit

iv.                 Sakit semasa Cuti Rehat diluar Malaysia tidak layak mendapat cuti Sakit kecuali :

§  Ia sakit pada tarikh ia patut balik ke Malaysia

§  Sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh ia patut balik ke Malaysia

Syarat-syarat Pemberian Cuti Sakit

 

=  Pegawai dimasukkan ke hospital

=  Permohonan disokong oleh sijil dari pegawai Perubatan Negeri yang berkenaan dan

=  Jatuh sakit pada tarikh ia patut balik ke Malaysia

=  Sakit Semasa Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji

=  Tidak berkelayakan mendapat cuti sakit

Kelonggaran:-

I.      Bercuti diluar Malaysia dan tidak dapat balik kerana sakit pada ia patut balik

II.      Boleh diberi cuti sakit setelah tamat tempoh Cuti Separuh gaji atau Tanpa Gaji

 

PERHATIAN

Jumlah cuti sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun dan tidak melebihi 2 hari berturut-turut pada satu sijil sakit

CUTI  SAKIT LANJUTAN   ( Perintah Am 22 Bab C )

Tempoh Cuti sakit Dalam tahun tertentu Kelulusan Peruntukan Jenis Gaji
90 hari (pertama) JPN PA 17(a) Gaji Penuh
90 hari (kedua) KPM PA17(a) Gaji Penuh
25 hari/baki cuti rehat JPN PA7/53 (ii) Gaji Penuh
90 hari (ketiga) Telah dirujuk ke LP KPM PA22 Tanpa GajiSeparuh gaji
90 hari atau 75 hari KPM PA22 Tanpa gaji **
       

** Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji dengan perakuan  dari Lembaga Perubatan

Cuti Sakit Lanjutan

=  Diperakukan oleh Lembaga Perubatan

=  Tidak melebihi 90 hari

=  Boleh diberi elaun bantuan iaitu bersamaan separuh gaji jika masih tidak sihat . Maksima 90 hari

=  Selepas tamat tempoh rihat perlu diperiksa oleh Lembaga Perubatan sekali lagi untuk sambungan masa rehat  ATAU

=  Membuat perakuan mengesyorkan persaraan pegawai tersebut.

 

Cuti Permulihan

=  Pegawai tidak sihat tetapi pada pandangan Lembaga Perubatan perlu berihat

=  Tempoh :- Satu jangka waktu yang diperakukan.

=  Kuasa Tertentu meluluskan Cuti Separuh Gaji atau Tanpa Gaji

 

 

CUTI KERANTINA  (Perintan Am 24 Bab C )

=  Anggota yang sedang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara ditahan kerana terdapat wabak penyakit merebak samada di Lapangan Terbang atau Pelabuhan akan layak mendapat cuti kerantina bergaji penuh

=  Melainkan anggota ditahan kerana beliau yang sakit penyakit berjangkit, maka tempoh itu anggota layak diberi cuti sakit bergaji penuh

=  Penahanan anggota dirumah oleh pihak berkuasa kesihatan kerana wabak penyakit merebak di rumahnya juga layak cuti kerantina ini

 

CUTI BERSALIN (Perintan Am 25/54 Bab C)

=  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah memanjangkan tempoh cuti bersalin dari 42 hari kepada 60 hari. Bermula dari anak dilahirkan termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am

=  Pegawai/Guru Wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan cuti bersalin sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatannya

=  Pegawai/Guru Wanita yang memilih SSB, layak menggunakan cuti tanpa gaji untuk menyusukan anak bermula dari hari ke 61 bagi tempoh tidak lebih dari 90 hari

 

 

BERSALIN KALI KE-6 DAN SETERUSNYA ( Khas untuk PPP)

=  Bergaji penuh dalam cuti penggal sekolah

=  Cuti separuh gaji bagi tempoh 14 hari sahaja jika dalam penggal persekolahan

=  Cuti tanpa gaji bagi menampung tempoh yang selebihnya  tetapi tidak melebihi maksima 60 hari.

=  Boleh guna cuti tanpa gaji 90 hari bermula dari tarikh bersalin jika tidak menggunakan kemudahan di atas.

 

CUTI BERSALIN BAGI GURU SANDARAN

 

=  Surat JPA 43/2Jld.4(12) bertarikh 28 September 1991 telah memutuskan bahawa Guru Sandaran adalah layak dibayar elaun bagi tempoh bersalin yang jatuh dalam cuti penggal persekolahan

=  Surat JPA(S)6351/2Klt2(5) bertarikh 12 Ogos 1994 telah memutuskan bahawa guru sandaran terlatih perempuan yang dilantik ke dalam perkhidmatan tetap dan tarikh perlantikannya dikebelakangkan adalah layak diberi cuti bersalin bergaji penuh jika tempoh yang dikebelakangkan itu meliputi tempoh bersalin.

CUTI KECEDERAAN (Perintah Am 27 Bab C)

=  Anggota yang tercedera ketika menjalankan tugas layak mendapat cuti kecederaan setelah cuti sakit di bawah Perintah Am 17 telah habis dinikmati iaitu 180 hari.

Cuti sakit tambahan ini diberi bergaji penuh sehingga ke tarikh anggota akan pulih semula atau ke tarikh sehari sebelum anggota disarakan dari perkhidmatan

=  Kelulusan cuti kecederaan ini adalah dibawah bidang Kuasa Tertentu

 

CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH (Perintah Am 30 Bab C)

Rawatan percuma dan pengecualian bayaran wad

Jenis penyakit Kelulusan Tempoh Bercuti Gaji
Tibi Ketua Jabatan 12 Bulan Gaji Penuh
Kusta/Barah Ketua Jabatan 24 Bulan Gaji Penuh
Tibi Kusta/Barah Ketua Jabatan Cuti Rehat Atau 25 Hari Gaji Penuh
Tibi Kuasa Tertentu 6 Bulan Separuh
Kusta/Barah Kuasa Tertentu 12 Bulan Separuh

 

Kelayakan Cuti

=  Cuti Sakit bergaji penuh tidak melebihi 24 bulan bagi barah dan kusta

=  12 bulan bagi tibi

=  Semua cuti rehat yang ia berkelayakan

=  Cuti separuh gaji tidak melebihi 12 bulan

=  Kelulusan tambahan kepada diatas oleh Kuasa Tertentu

Penyakit Berbalik

Penyakit Tibi, Kusta dan Barah berbalik semula setelah diberi faedah-faedah cuti di bawah Perintah Am 31 pada bila-bila masa tidak akan berkelayakan lagi mendapat faedah cuti itu sepenuhnya. Walaubagaimanapun ia hendaklah diber rawatn percuma terus menerus termasuk pengecualian bayaran wad dalam hospital kerajaan.

Apa-apa cuti yang diperlukan lagi oleh pegawai setelah menghabiskan apa-apa baki cuti dibawah perintah Am 31 akan diluluskan oleh Kuas Tertentu mengikut budi bicaranya sendiri setelah menimbangkan perakuan sebuah Lembaga Perubatan. Cuti-cuti ini boleh diberi dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji mengikut pertimbangan Kuasa tertentu.

PERHATIAN

Anggota yang mendapatkan rawatan penyakit tibi,kusta atau barah di hospital swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Kuasa Tertentu (Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan) untuk melayakkan anggota menikmati cuti sakit tibi,kusta/barah.

 

CUTI HAJI (Perintah Am 34/55 Bab C)

Anggota yang layak menikmati cuti ini

=  beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan

=  Yang berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun secara berterusan

=  Yang berjawatan kontrak dengan syarat tidak pernah menggunakan kemudahan cuti ini sepanjang perkhidmatan tetap

Tempoh cuti adalah 40 hari sahaja

Sekali sepanjang perkhidmatan

Kelulusan adalah Ketua Jabatan kecuali guru kontrak akan  diluluskan oleh Kementerian

 

 

CUTI BERKURSUS

(Perintah Am 36 Bab C)

=  Cuti diberi bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam masa kursus itu

=  Bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat.

=  Bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan


Perintah Am 37 Bab C

=  Cuti akademi menghapuskan cuti rehat

=  Kursus kurang dari 12 bulan – semua cuti rehat yang ada akan ditolak

=  Kursus yang lebih dari 12 bulan – anggota dianggap telah menghabiskan semua cuti rehat yang dia berkelayakan sebelum pergi berkursus

 

 

 

Perintah Am 38 Bab C

=  Cuti rehat selepas berkursus lebih 12 bulan

Tempoh cuti selepas berkursus dihadkan sehingga 7 hari jika anggota masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus. Bagi  PPP kemudahan ini juga diberi jika mereka masih mempunyai baki cuti sambilan sebelum pergi kursus.

 

 

PERHATIAN
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 1997

telah memberikan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk meluluskan kursus jangka pendek yang tempohnya tiga bulan atau kurang.

=  Cuti berkursus ini adalah ditentukan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan

 

CUTI TIDAK BEREKOD  

 Perintah Am 41  Bab C

•      Latihan pasukan sukarela (tidak lebih 30 hari + 2 hari bagi perjalanan) .

Perintah Am 42 Bab C

•      Latihan Khemah Tahunan Pertubuhan (maksimum 14 hari + 2 hari perjalanan ) Aktiviti dalam Malaysia sahaja

Perintah Am 43 Bab C

•      Latihan Syarikat Kerjasama (Maksimum 2 bulan) .

Perintah Am 44  Bab C

•      Menghadiri peperiksaan (Hari peperiksaan) .

Perintah Am 45 Bab C

•      Mesyuarat persatuan iktisas (tempoh mesyuarat + 2 hari perjalanan) .

Persatuan-persatuan yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa. Mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa sahaja.

Perintah Am 46 Bab C

•      Sukan – (Peserta, pegawai, jurulatih) – maksimum 30 hari setahun, lebih dari 30 hari diluluskan oleh Kementerian

CUTI SAMBILAN

(Surat Pekeliling Perkhidmatan Kem. Pendidikan Malaysia Bil 3 Tahun 1995)

 

=  Kelulusan oleh Pengetua/Guru Besar

=  Peruntukan hanya 7 hari setahun

=  Baki cuti yang tidak dapat dihabiskan akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan

=  Boleh juga dinikmati oleh Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak

=  Ahli keluarga – suami/isteri dan anak-anak pegawai itu sendiri

=  Ahli keluarga yang rapat – ibubapa, adik beradik, mertua, datuk dan nenek kepada suami/isteri PPP itu

 

Tujuan bercuti

=  Untuk menziarahi “ahli keluarga”/”ahli keluarga yang rapat” sakit tenat/meninggal dunia

=  Untuk menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh seseorang PPP

=  Dalam keadaan kecemasan (kebakaran,banjir dll) atau kemalangan yang menimpa

=  Menunaikan fardhu haji – sekiranya cuti haji 40 hari tidak mencukupi

=  Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus

=  Majlis konvokesyen bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau “ahli keluarga”

= Menghadiri temuduga perlantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan  yang diluluskan oleh SPP, KPM, JPA atau JPN

=  Perkahwinan PPP/anak-anak mereka

=  Menghandar ahli keluarga/rapat menunaikan fardhu haji

=  Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh

CUTI TANPA GAJI MENGIKUT PASANGAN – PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 1992

=  Pasangan adalah suami/isteri yang sah

=  Layak bagi tempoh maksima 3 tahun sahaja dengan syarat

n Tempoh pasangan berkhidmat/belajar melebihi 6 bulan

n Sekiranya pasangan bekerja dengan syarikat swasta, syarikat tersebut hendaklah berdaftar dalam Malaysia

=  Pertimbangan permohonan dan kelulusan adalah di peringkat Kementerian

One Response to “Isu Cuti Bersalin Penjawat Awam : Disertakan Pekeliling Lengkap Cuti sedia ada”

  1. Ngatiran Bin Abdul Said said

    salam, ada ke cuti untuk menjaga isteri selepas menjalani pembedahan jantung memandangkan tempat pembedahan tu jauh dari tempat tinggal iaitu di HQE 2 Kota Kinabalu sedangkan saya tinggal dan bertugas di Sandakan.

Leave a comment