Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

LEGOland di Iskandar Malaysia : Penghinaan buat Nabi dan umat Islam Malaysia!

Posted by Emg Trading & Services on 22 December, 2009

Masihkah kita ingat bagaimana LEGO jenama permainan telah mengeluarkan menghina kekasih Allah Muhamad SAW? Tertera dengan jelas perkataan  “play as if you are prophet Mohammed contains 23 wives including 6 year old Aysha” serta perkataan HALAL disampingnya. Ia suatu penghinaan yang membakar semangat jihad.

Kini Malaysia menyediakan tanah dan tapak khas untuknya iaitu…. di Iskandar Malaysia, Johor!

Benar bagai di kata “Melayu mudah lupa”, 2 Disember 2009, Menteri Besar Johor dengan megahnya merasmikan majlis pecah tanah tapak pembinaan Legoland Malaysia di Medini, Nusajaya.

Beliau dengan nada bangga menyatakan, ia adalah taman tema Legoland yang pertama di Asia dan Legoland kelima di dunia! Di sini.

Ia adalah satu penghinaan ke atas orang Islam khususnya di negeri ini apatah lagi apabila simbolik Nabi Muhammad SAW dihina sebegitu rupa dan masih ada umat Islam yang ‘lalu’ menerima duit mereka untuk dijadikan asas pembangunan di negeri ini.

Sekitar Januari 2006, negara Islam dikejutkan dengan isu karikator yang menghina Nabi SAW. Pada Februari tahun yang sama, umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia membuat bantahan berhubung penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam akhbar-akhbar di beberapa negara Eropah.

LEGO pula telah membuat produksi khusus menghina Nabi SAW sekitar awal 2008 dan diedarkan di seluruh dunia.

Sejak daripada itu,  LEGO di senarai hitam oleh umat Islam Malaysia yang prihatin dan berkekalan sehingga ke hari ini.

One Response to “LEGOland di Iskandar Malaysia : Penghinaan buat Nabi dan umat Islam Malaysia!”

  1. salam..

    mohon copy..

Leave a comment